Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Friday, May 3, 2013

Polaroid Camera

Views
  



Selamat pagi semua. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas untuk hari ini. Dah sarapan? Dah tak sabar nak mengundi? Sebenarnya memang aku mengelak untuk berbicara pasal politik ni. Biar mereka-mereka itu yang menentukannya. Aku, tak akan pernah untuk masuk campur.

Okey, berbalik pada tajuk entry aku kali ini. Apa itu Polaroid Camera? Kamera ni jenis kamera yang mengeluarkan gambar dengan serta-merta. Dulu aku pernah berangan-angan untuk memiliki kamera jenis ni tapi tak kesampaian sebab dulu kamera jenis ni agak mahal harganya. Rasanya sekarang ni keinginan tu kembali membuak bila terpandang kamera jenis Fujifilm ni.
 
 
 
comelnya..


Haa comel kan? Harganya dalam lingkungan rm200-300. Itu yang paling murah la. Settingnya aku tak berapa tahu lagi sebab tak pernah tanya pun apa keistimewaan kamera ni. Yang aku tahu, gambar akan di'print' pada masa yang sama. Kelemahannya adalah, kalau gambar tu tak jadi kita yang rugi. haha! Itu kelemahan yang kita tak boleh nak elak tapi aku suka. Dari kelemahan tu kita akan nampak kecantikannya. Aku suka belajar dan apa salahnya kalau kadang-kadang tu gambar yang kita ambil tak cantik. Pasti lama-lama akan cantik jugak.

Ada lagi satu kelemahan. Apadia? Hm kamera ni takde memory card. Apa!!! Macam mana aku nak upload gambar dalam blog (cehh ada ke orang tengok..kuikuikui). Tak kan la aku nak bawa dua kamera sekali kot. Melampau! Ada je jalan penyelesaiannya. Korang nak tahu? Lu pikir la sendiri. hakhakhak!

Inilah kad untuk print gambar. ada berapa dalam kotak tu aku kurang pasti skit.

Post a Comment