Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, May 9, 2013

Imbau #4 : Pembunuhan Along (Spoon)

Views
  
 
 
Selamat tengahari semua. Lunch apa hari ni? Perut aku pun mula krookkk kreekkk dah ni, minta di isi. Tadi aku tengah sibuk catalog buku, tiba-tiba terdengar lagu rindu serindu rindunya. Eh betul ke tajuk tu? Haa kira betul la tu. Disebabkan aku dengar lagu ni jadi aku terimbau kembali kenangan saat kegemilangan Spoon bila lagu tu jadi "gilaan" ramai. Memang top la si Along ni. Suara pun sodap dan ada la rupa skit.

Siapa yang tak tahu tentang kehilangan Along pada masa tu. Semua orang terkejut. Peminat dan terutamanya keluarga dia. Pada 25 December 1999 (erm tak salah aku masa tu aku darjah 5. eh?), Along didapati hilang. Memang kecoh gila masa tu dan rasanya ini adalah kali pertama yang melibatkan artis.

Setelah beberapa minggu dalam proses pencarian, akhirnya pihak polis menjumpai rangka manusia di dalam guni dipercayai milik Along area lereng bukit di Jelebu. Lagi bertambah terkejut semua orang termasuk aku. Aku pun tak percaya rangka tu milik Along. Entah la, aku pun tak tahu nak cerita perasaan aku macam mana masa tu. Semenjak tu, lagu dia seakan-akan berhantu. Sampai ada yang menangis bila dengar lagu tu. Memang tragis la.

Penemuan rangka tersebut membawa kepada penahanan pembunuhnya iaitu seorang pegawai polis yang berpangkat Lans Koperal kerana di syaki terbabit dalam pembunuhan ini. Mohamed Ya'cob akhirnya didapati bersalah dan dihukum gantung. Motif pembunuhan adalah kerana cemburu. Dikatakan bahawa Along mempunyai hubungan sulit dengan isterinya. Pada tahun 2010, kes ini selesai selepas Mohamed Ya'cob tetap dihukum gantung selepas rayuannya ditolak.
Pada pandangan aku la, kita sebagai pemerhati tak tahu siapa yang salah, siapa yang benar. Pada masa tu ramai yang salahkan si pembunuh dan curahkan segala simpati pada si mati. Kisah ini pun sudah berlalu dan tidak perlu la di ungkit lagi. Keluarganya sekarang pun sudah menerima hakikat tentang pemergian anak kesayangan mereka itu.



p/s : Marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah pada Allahyarham. Semoga kita belajar sesuatu dari kesilapan mereka. Apadia? Jangan terlalu rapat dengan seseorang yang sudah berpunya (maksud : yang sudah berumah tangga).

p/s : Nak imbau peristiwa lain, KLIK SINI

6 comments:

Tinta Lana said...

Salam azie.

Ini antara kisah paling gempar kat Malaysia time tu..lana ingat lgi.

Dah la masa tu, lagu arwah sgt popular.. pastu dia pula pergi dalam keadaan mcmtu..

Latifahzainal said...

minat jugak kat alg spoon tu dulu.lagu rindu serindu-rindunya nyanyian alg mmg best tp sygnya umur tak pjg.alfatihah utk arwah...ehhh, ade org tu kan ckp dia baru hbz spm haritu..haha..

Unknown said...

wslm Lana,
ha'a,betul tu. Dia tersangat popular masa tu. Tula yang dinamakan ajal & maut,tak siapa yang tahu. DIA penentu segalanya..



Unknown said...

Cik Pipah,eerrr boleh panggil nama tu ke?hehe..

memang minat sangat dulu.muda lagi kan dia..

Alamak, macam mana boleh terkantoiiii plak ni..hahaha!!

Latifahzainal said...

ade jgak junior skola pgl cik pipah..huhu..tu lah tak bek arrntipu org tua,kan dah terkantoi...haha..

Unknown said...

kira boleh panggil la erk..hehe
mana ada tipu,bohong je..hahahaha!!