Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, September 27, 2011

puitis

Views
MAAF

Maaf
Ianya mudah diungkapkan
tapi susah untuk memahaminya

Satu saat aku dihujani dengan perkataan ini
Bosan, rimas, semuanya ada
Adakah maaf satu permainan hati?
Kerna ianya dapat menghancurkan hati dengan sekelip mata

Cukuplah hanya kali ini sahaja
Kerna maaf mu sudah berada dipenghujungnya
Aku akan maafkan mu kerna itu kewajipan ku
Mengharapkan ianya tidak akan diulangi kembali



PENGGANTI ku

Telah berakhirnya kewajipan ku terhadap mu
Tersenyum sangat melihat kau bangkit bersemangat
Doaku sentiasa bersama mu
Moga pengganti ku akan sentiasa gembira setiap saat

Saat pengganti ku menyambut huluran mu itu
Airmata ku akan mengalir
Kerana dia pasti bahagia melihat mu di puncak kejayaan
Itulah harapan tulus ikhlas dari ku untuk dirimu

Jika diri ini salah di mata mu
Aku akan biarkan kerana aku telah cuba sedaya upaya
Aku tidak mahu pengganti ku itu bersusah payah seperti ku
Kerana aku ingin engkau gembira di sisi pengganti ku

Ampun maaf ku hulurkan
Biarlah ku simpan derita dari dulu sampai sekarang
Tanpa sesiapa pun yang tahu dan memahaminya
Kerana aku tahu DIA lebih mengetahuinya

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

ayat macam frust ja??

jangan dok frust. kena cool macam aku. keh2

komentar:

puisi dah makin menarik.. kasi kat kak zunita dan misbah mesti depa syok puisi ang nie

malam nie,jangan lupa sokong kedah.. ^_^

Unknown said...

frust la jgk..huhu!


aku dah lama tak berpuisi..

boleh ja aku sent kat dpa puisi ni..

naim,kedah suda kecundang..