Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, September 28, 2011

bila sang kenari terbang rendah

Views
Itulah kata-kata yang boleh aku luahkan untuk perlawanan kedah Vs perak di stadium Darul Aman semalam. Terbang rendah menyebabkan ia mudah disambar seladang tapi itu hanyalah kata-kata kosong je. Aku memang tak tengok game semalam tapi itu tak bermakna aku tak tahu apa-apa. Mungkin ramai penyokong kedah tak berpuas hati dengan game semalam kan? Erm tak salah aku, pengadil agak kurang adil semalam dengan tidak mengesahkan gol yang telah memecahkan pertahanan perak. First2 aku pun tak boleh nak komen lebih2 sebab aku tak tengok game tu tapi lepas aku tgk video kat laman FB penyokong hijau kuning, ada kesilapan kat situ. Gol pertama aku tak nampak apa masalahnya, mungkin reff akan kata outside tapi mungkin gol kedua tu aku agak sangsi sedikit. Mungkin bola jatuh pada tangan penjaga gol tetapi bukan pada pemain kedah. Banyak kali aku ulang..huhu..malam tu malam penentu, pastinya kedah mahupun perak sedang berlumba-lumba nak dapatkan gol dan aku tak pernah salahkan pemain2...ni kata2 aku petik dari admin penyokong hijau kuning...

Sudah-sudahlah la tu marahkan reff..dari samalam lagi kan..x boleh nak buat apa dah..saya pun x puas hati dengan reff tu, tapi redha ja la..setakat ni saja perjuangan team hijaukuning dalam saingan piala malaysia 2011..Selamanya HIJAU KUNING TETAP DIHATIKU.

Rasa sedih juga tapi nak buat macam mana kan, benda pun dah jadi. Mungkin reff tu nampak apa yang kita tak nampak..hehe..untuk pasukan perak, tahniah. teruskan usaha lagi. walaupun perak menang tipis sebenarnya tapi itu dijadikan pengajaran sebab mana la nak tahu kan akan jadi kat pasukan perak plak..^_^

Majulah sukan untuk negara..peace!!

Tuesday, September 27, 2011

puitis

Views
MAAF

Maaf
Ianya mudah diungkapkan
tapi susah untuk memahaminya

Satu saat aku dihujani dengan perkataan ini
Bosan, rimas, semuanya ada
Adakah maaf satu permainan hati?
Kerna ianya dapat menghancurkan hati dengan sekelip mata

Cukuplah hanya kali ini sahaja
Kerna maaf mu sudah berada dipenghujungnya
Aku akan maafkan mu kerna itu kewajipan ku
Mengharapkan ianya tidak akan diulangi kembali



PENGGANTI ku

Telah berakhirnya kewajipan ku terhadap mu
Tersenyum sangat melihat kau bangkit bersemangat
Doaku sentiasa bersama mu
Moga pengganti ku akan sentiasa gembira setiap saat

Saat pengganti ku menyambut huluran mu itu
Airmata ku akan mengalir
Kerana dia pasti bahagia melihat mu di puncak kejayaan
Itulah harapan tulus ikhlas dari ku untuk dirimu

Jika diri ini salah di mata mu
Aku akan biarkan kerana aku telah cuba sedaya upaya
Aku tidak mahu pengganti ku itu bersusah payah seperti ku
Kerana aku ingin engkau gembira di sisi pengganti ku

Ampun maaf ku hulurkan
Biarlah ku simpan derita dari dulu sampai sekarang
Tanpa sesiapa pun yang tahu dan memahaminya
Kerana aku tahu DIA lebih mengetahuinya

Monday, September 26, 2011

Cerpen : Ampunkan Aku

Views
sebelum ni, tiap kali aku buat cerpen mesti aku pakai post je kan so kali ni aku nak ubah la sikitkan. aku nak berikan penerangan atas setiap cerita yang aku tulis kat FikrahIslam tue sebab kadang2 orang tak boleh faham dengan jalan cerita aku tu mungkin sebab terlalu pendek. tajuk cerita aku kali ni ialah "Ampunkan Aku". dah beberapa minggu aku tak post cerita akhirnya cerita ni jugak yang terluah dari kotak fikiran aku gara-gara melihat seorang sahabat aku mula berubah. apa pandangan orang terhadap orang yang baru saja ingin berubah? apa perasaan orang itu apabila perubahannya itu tidak diterima? itulah topik utama dalam jalan cerita aku kali ini so harap sangat korang boleh terima jalan cerita aku kali ini walaupun ianya agak pendek sekali..



*****

Langit begitu cerah hari ini tetapi terlalu gelap pada pandanganku. Aku menoleh melihat tanah yang masih lagi merah. Aku mengetap bibir, terasa ada debaran yang kuat di dalam diri. Entah kenapa aku dapat merasa terlalu pantas masa berlalu hingga dapat melenyapkan segalanya dalam sekelip mata. Ah! Benarkah apa yang sedang berlaku ini, getusku di dalam hati. Kurang percaya dengan apa yang aku lihat. Aku masih lagi kaku di situ, tidak bergerak walaupun sedikit. Ada sepasang mata yang setia memerhatikan tingkahlaku ku.

“Sabarlah, mungkin ini satu ujian untuk kamu”, aku masih membatukan diri di kuburan itu. Kata-kata ustaz Kamarul langsung tidakku endahkan.

“Baliklah, sentiasalah berdoa agar ibu kamu sentiasa berada di lindungan-Nya”, kata ustaz Kamarul seakan memujuk. Aku mengangkat wajah memandang ustaz Kamarul yang sedang berdiri di sebelah.

“Apakah doa orang seperti saya ini akan diperkenankan?” ustaz Kamarul hanya tersenyum mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut ku.

“Bertaubatlah. Allah itu maha pengampun”, mata aku mengekori langkah ustaz Kamarul sehingga hilang dari pandangan ku. Perlahan aku bangun dan menatap kuburan itu sebelum melangkah pergi sambil menyimpan tekad di dalam hati.



*****

“Makcik, mari saya tolong”, wanita itu hanya tersenyum melihat aku yang sudah sedia menghulurkan tangan untuk membantu tetapi tidak lama.

“Hoi kau nak buat apa tu?” jerit seorang gadis sambil menuju ke arah mereka.

“Kenapa marah dia. Dia nak tolong mak ni”, jelas wanita itu, agak kesal dengan sikap anaknya itu.

“Mak tak tahu ke? Ini la anak makcik Limah tu. Dia bukan nak tolong mak pun, ntah-ntah dia nak mencuri je. Marilah mak, biar saya yang bawakan”, tersentak aku apabila mendengar cacian dan hinaan orang sekeliling terhadap ku. Tidak cukupkah aku berubah? Tiada peluangkah untuk aku diterima kembali?


“Tengok apa yang diorang buat kat kau bila kau berubah?” ada suara yang amat aku kenali menyapa dari belakang. Aku berpaling.

“Salahkah aku berubah?” pertanyaan itu laju dituturkan kepada satu-satunya sahabat yang aku ada. Intan hanya mengeluh kecil.

“Sampai bila kau nak berhadapan dengan hinaan dan cacian ni? Kau berubah ataupun tak diorang tak akan ambil tahu pun dan tiap tindakan kau tu akan dianggap salah walaupun niat kau tu baik”, pujuk Intan supaya aku sedar bahawa perubahan yang dilakukan itu hanyalah sia-sia sahaja. Aku hanya mendiamkan diri, fikiran ku ligat memikirkan kata-kata Intan itu.


*****

“Salahkah saya berubah?” soalan yang sama diajukan kerana soalan itulah yang sering bermain di minda ku saat itu. Makcik Rohayu menggeleng laju. Raut wajah wanita itu ditatap lembut. Wanita itulah yang dibantunya tempoh hari. Aku agak terkejut dengan kehadiran wanita itu, risau jika dimarahi oleh anak gadis wanita itu lagi.

“Makcik ni bukanlah pandai dalam memperkatakan soal agama tetapi kamu kena tabahkan hati, kuatkan iman untuk tempuhi semua ini. Berdoalah selalu moga dipermudahkan segala perjalanan hidup agar lebih sempurna”, aku masih mendiamkan diri. Perlahan makcik Rohayu membelai lembut kepala aku. Ah! Rindu aku pada ibu.

“Terlalu banyak dosa saya, makcik”, hampir menitis airmataku. Sedih dengan apa yang telah terjadi dahulu. Aku tidak mahu mengulanginya kembali. Hati ku telah di robek setelah pemergian ibu tercinta akibat kesilapan ku sendiri.

“Bertaubatlah. Allah itu maha pengampun”, tersentak aku mendengar kata-kata makcik Rohayu itu. Airmata ku tidak dapat ditahan lagi, deras mengalir ke pipi. Ada perasaan terharu menyerbu ke ruang perasaan.

Ya Allah, begitu sayangnya Engkau kepada hambamu ini sehingga menghantar dua keajaiban dalam masa yang berbeza. Jika ini adalah cahaya hidayah yang Engkau suluhkan untuk ku, pastinya aku akan laluinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Mu, Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosa ku, aku menyesal dengan perbuatan ku sebelum ini. terimalah taubat hamba Mu yang hina ini. Ampunkanlah dosa ibu ku yang telah membesarkan aku dengan susuannya. Jauhilah dia dari api neraka dan tempatkanlah dia dikalangan kekasih Mu, Ya Allah.

*****

“Alia, kenapa ni?” tanya ibu selepas melihatnya rebah dengan tiba-tiba ketika ingin memasuki bilik. Mukanya pucat lesi dan tidak bermaya. Ibu yang pada ketika itu sedang cemas pantas mengangkatnya memasuki bilik dan merebahkan badannya di atas katil. Luas langkah ibu keluar dari rumah, cuba meminta pertolongan dari jiran walaupun ketika itu ibu tidak berapa sihat. Ibu gagahkan juga untuk melangkah di bawah sinaran terik tetapi sayangnya, rayuannya tidak diendahkan oleh jiran tetangga yang sudah sedia maklum dengan perangai anaknya itu. Siapa tidak kenal dengan anak makcik Limah. Suka menggoda lelaki di kampung, ditipunya semua orang, diusung ke sana ke mari dan akhirnya mengandung anak luar nikah. Ibu tidak pernah salahkannya, ibu tetap menjaganya tidak kira masa dan waktu. Ibu sentiasa ada di sisinya ketika diperlukan tetapi dia silap kerana tidak menghargai langsung pengorbanan ibu yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir di tengah jalan. Mujur ustaz Kamarul sedang melalui jalan itu dan dialah yang membantu menguruskan segalanya dan aku pula, meratap kesedihan kerana tidak sempat untuk memohon maaf dan menatap wajah ibu untuk kali terakhir.

“ibu, ampunkan Alia”, kali ini, airmata ku tidak lagi mengalir dan pastinya aku akan tabah mengharungi masa yang akan datang dengan penuh keimanan moga Allah meredhai apa yang aku lakukan sekarang, Wallahhualam…


~TAMAT~

Alhamdulillah..

Views
Entry kali ini aku nak khabarkan berita yang betul2 buat aku gembira. Apadia tue? Okey, first sekali ialah aku dapat berita bahawa giliran ayah aku pula untuk berangkat ke tanah suci Mekah, Alhamdulillah sangat. Walaupun agak lambat sedikit dari ummi tapi itu sudah cukup buat aku gembira. Tiap apa yang terjadi pasti akan ada hikmahnya, mungkin rezeki ayah lambat sedikit berbanding ummi. Apa-apa pun niat ayah nak jejak kaki ke bumi Mekah akhirnya termakbul.

Berita gembira yang kedua pula ialah rezeki aku tahun ni apabila terpilih untuk join team building mpob. Mesti ada orang akan kata, "ala team building je pun, takkan la tu pun nak bagitahu orang". Bagi orang lain mungkin itu hanyalah biasa2 saja tapi bukan bagi aku. Sebagai pekerja kontrak, bukan senang aku nak join aktiviti macam ni. Yela kan, aku kan budak kontrak je kalau nak dibanding budak yang dah jadi "staff"..hehe..pape pun aku happy sangat..ini ada aku sertakan beberapa gambar dan aku akan ingat sampai bila2 sebab team building ni la yang paling best skali..Yihu!!


kumpulan cantas, kasi habis!!




tengah buat kapal terbang, dah lupa nak buat mcm mn..huhu!
war game!!











tengah melindungi lilin




jom tangkap gambar!!

vrOoommmm!!

Paintball time..Yihu!

The last samurai..boleh plak main tembak2 gna pedang..

jom karOks!!

Thursday, September 22, 2011

bila suzuki bertemu proton

Views
Apa perasaan anda bila tengok perlawanan bola antara Jepun dan Malaysia? Kecewa? Seronok? Tension? Abaikanlah semua perasaan itu. Memang semalam aku agak sedih melihat permainan Malaysia tapi bila difikirkan balik. Malaysia sedang berhadapan dengan Jepun, pasukan terbaik asia so aku hilangkan semua perasaan tu dan yakin pemain kita akan buat yang terbaik.

Dikritik dan Mengkritik

Aku tak menafikan langsung bahawa rakyat malaysia suka sangat dikritik dan mengkritik. Semalam time tengok bola, macam-macam ayat terkeluar dari mulut aku ni. Pernah ke kita tempatkan diri kita ni kat tempat diorang. Iya, mereka baru bangkit untuk melakar nama jadi janganlah terlalu mengharapkan sesuatu yang diluar jangkauan mereka.

sindiran sahabat buat aku  :
"ala pemain kita tak akan berubah". Hentikan berfikiran macam tu.
"diorang ni tak pernah belajar dari kesilapan". Cermin muka dulu la.
"main macam apa je,passing bola pun tak reti". cuba ko try main,aku nak tengok boleh gol ke tak.


Nak mengkritik boleh tapi kritiklah ke arah positif dan bukanlah semata-mata nak tunjuk hebat je. Di kritik pun boleh tapi jangan sampai kritikan tu memusnahkan hidup sendiri sebab nak puaskan hati orang lain. Kita kalau nak pakai kasut kena la tengok saiz kasut dulu dan jangan sesuka hati je nak pakai kasut orang lain sebab naik tak muat ok! so kepada semua pemain Harimau Muda, gudluck untuk perlawanan seterusnya. Buatlah apa yang korang mampu dan aku sebagai rakyat Malaysia bangga sebab korang pun dah bertungkus-lumus untuk menaik nama malaysia ke mata asia dan dunia, Syabas!

Tuesday, September 20, 2011

arghhhh!!!

Views
seriously, dalam beberapa hari, minggu, bulan ataupun tahun ni susah sangat aku nak keluar idea yang maha hebat untuk aku coretkan dekat FikrahIslam ni. Aisehman, susah la macam ni. "ala ada ke yang baca tulisan ko tuh!"..gulp!

Tak kisah la ada orang baca ataupun tak sebab bak kata ramli sarip, aku menulis bukan kerna nama!! so itu bukanlah niat sebenar aku ok. Niat aku dengan tulus dan ikhlas nak sedarkan dan kongsi ilmu yang aku ada ni. Lebih-lebih lagi aku ni memang minat bidang penulisan ni..hoho..

Tolonglah bagi idea skit kat aku neh..dah banyak draf aku buat tapi satu pun tak menjadi..hurmmm..

Sunday, September 18, 2011

Bola lagi?

Views
Kepada sesiapa yang ada membaca entry aku (kalau ada la kan) mungkin dalam minggu ni entry aku semuanya pasal bola...erm nak buat macam mana kan, malaysia hari ini amat hebat memperkatakan tentang bola so kita crite jela ye yop..Ada jugak member aku tegur, "wah ko ni fanatik jugak ye pasal bola"...hehe...aku ni takde la fanatik sangat pun. Dalam fanatik pun kalau ada bola, aku tak akan menahan mata ni tengok bola. Kalau mengantok aku tetap pegi tidur pastu esoknya aku baca paper je..huhu! Kebanyakkan kalau aku buat macam tu kalau pasukan MU la kan sebab game dorang selalunya time pagi2...hehe

So lupakan pasal kisah tue. Aku nak cerita sikit la kan pasal game semalam antara perak Vs sabah dan juga kedah Vs johor. Aku agak gembira jugak dengan peningkatan pasukan perak sebab dorang main agak baik sedikit tapi itu tak bermakna baik secara keseluruhannya. Masih perlu diperbaiki sebab pasukan kita ni tak kira la pasukan mana pun kan, kalau dapat gol mula la lupa diri dan pertahanan pun mula la jadi kucar-kacir. Haisshhh ni yang teman tak brape nak gemor ni..hehe..pape pun tahniah la buat negeri perak yang menjadi pendahulu untuk kumpulan A.

Untuk kedah pula memang perlawanan semalam agak mendebarkan la jugak (pening sebab asyik tukar siaran antara tv1 & astro arena). Tiap kali dapat gol mesti lepas tu pihak lawan dapat gol jugak so bila dah mendahului tu bukanlah dalam tempoh yang lama sebab lepas tu akan jadi seri. Agak terkejut jugak sebab johor boleh bangkit untuk serikan mata dan itu menunjukkan perlu tingkatkan pada pertahanan baik untuk pasukan kedah ataupun johor. Untuk pasukan kedah, lepas ni masih ada dua perlawanan lagi jadi rasanya korang mesti la kena berusaha lagi la kan...takpe,aku sentiasa akan menyokong pasukan hijau kuning...

p/s : yang lawaknya macam mana la pasukan n9 boleh kalah dengan pkns..2-0 plak tue...adehhhh~

Wednesday, September 14, 2011

Perak Vs Kedah

Views
Musim bola kembali lagi tapi yang melemahkan semangat aku bila dua pasukan kegemaran aku bertembung dalam satu perlawanan...adehhh~ susah tue...Mungkin dalam perlawanan seperti ini membuatkan aku serba tak kena. Yela, nak sokong mana satu ni...Perak ke Kedah?

Akhirnya aku ambil keputusan nak buat macam perlawanan sebelum ni iaitu pasukan mana menang pasukan tula yang aku sokong. Walaupun benda tu nampak macam tak adilkan..Argh! lantak la..huhu! Yang aku tahu kedua2 negeri ini amat bermakna buat diri aku.

Pape pun, aku nak ucapkan tahniah! kepada pasukan perak yang menang perlawanan semalam 2-1 dengan kedah. Untuk kedah plak, jangan sedih atau putus asa ok. Korang mesti boleh mengejar mata lagi, chaiyok!!




Tuesday, September 13, 2011

Kenapa Bukit Kepong?

Views
First time aku tengok cerita Bukit Kepong ni time aku sekolah rendah lagi. Kebetulan akak aku ada cd cerita ni. Dulu aku ni tak suka sangat cerita lama yang ada perang-perang ni tapi cerita Bukit Kepong ni dah mencairkan dan meluluhkan hati aku. Betapa sedih dan penuh traumanya apabila mengingati peristiwa tragis itu. Tiap kali tengok cerita ni comfirm aku akan nangis punya la. Tengok je para isteri mengangkat senjata membantu apabila si suami sudah rebah ke bumi yang sudah tidak bernyawa lagi amat mengharukan aku. Tabahnya para isteri apabila menghadapi saat genting itu. Manakala si anak pula menangis tak berhenti apabila si ayah dan ibu berlumuran darah. Ah! tidak dapat aku bayangkan saat itu, pasti menakutkan.



Aku bukanlah seorang yang celik sejarah dan juga aku boleh mendengar tanpa mengetahui hal sebenar. Kita manusia kan? Banyak kelemahannya dan jangan jadikan kelemahan itu punca kerosakan akhlak dan peribadi kita. Aku agak sedih apabila ada orang yang cuba mempertikaikan pengorbanan semua anggota polis dan para isteri yang telah terkorban di dalam serangan komunis itu. Pabila melihat para isteri mengangkat senjata apabila si suami rebah tidak bernyawa membuatkan aku berfikir, adakah ianya sia-sia saja? Perasaan kagum mula menguasai diri. Pabila si anak menangis melihat si ayah dan ibu berlumuran darah padahal mereka baru saja setahun jagung yang masih lagi tidak memahami apa itu dunia, apakah puncanya?



Jangan sesekali campur adukkan hal politik dan sejarah kerna ianya akan memburukkan lagi keadaan. Haishh malu jugak bila tengok pemimpin berbalah sesama sendiri. Malu itu perisai orang yang beriman jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal..peace no war!!


p/s : kenapa sejarah bukit kepong dibangkitkan. sejarah lain tak nak dibangkitkan juga ke? huhu!