Assalammualaikum semua!!
Salam Jumaat..
Hari ni tengah buat kerja tiba2 ternampak buku khas untuk seniman hebat kita iaitu P. Ramlee. Itu sebab aku suka kerja kat library ni. Salah satu sebabnya, aku dapat baca buku yang aku suka. Salah seorang insan yang aku kagum sebab punyai bakat dan dia gunakan semua itu dengan sebaiknya.
Siapa tak kenal P. Ramlee masa di zaman kegemilangannya? Pelakon, pengarah dan pengubah lagu tapi tersungkur tatkala arus kemodenan melanda. Filemnya mula dikatakan hilang idea dan dikecam oleh sesetengah pihak. Tatkala nafasnya terhenti untuk selama2nya, barulah kita dapat melihat bakatnya yang sebenar. Filemnya ditayangkan kembali, pangkat mula diberi, penghargaan baru dihargai. Apalah guna semua itu? Kerna apa yang diberi tanpa empunya diri. Melayu mudah lupa. Lupa tatkala berada di depan mata dan ingat ketika sudah tiada.
Start aku boleh tengok tv, aku suka sangat dengan jalan cerita dia. Walaupun dia punya tajuk dan jalan cerita lawak tapi ada pengajaran di sebaliknya tanpa kita sedar. Aku tak kenal siapa itu P. Ramlee tapi kisahnya menambat hati aku. Ketika zaman kegemilangan sehinggalah dia jatuh. Siapalah tahu resah gelisah empunya diri?
Al-fatihah untuk seniman hebat ini. Dia sememangnya tak dapat di ganti..
p/s : macam mana plak dengan jalan cerita filem zaman sekarang? Tiada isi dan penuh dengan benda2 mengarut..boring!!
No comments:
Post a Comment