Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, November 27, 2012

Sila hormat!

Views

Assalammualaikum semua..

Mesti sekarang ni semua orang tengah berpusu2 masuk kerja. Yela, semuanya dah kenyang makan kan jadi makin bersemangat la sambung buat kerja (konon je kan..huhu!).

Ada benda yang jadi kat aku hari ni tapi sebenarnya situasi ni memang selalu terjadi. Tak kisah la kat mana pun tapi hari ni lain skit sebab caranya macam dah agak melampau skit. Pada pandangan aku la kan. Ada la dua orang hamba Allah ni yang bersembang tanpa sedar dorang menganggu orang yang tengah solat. First tu aku macam tak kisah sebab ingatkan dorang sembang kejap rupanya tak, makin kuat ada la. Aku tak kisah kalau ada orang yang nak sembang sekali pun tapi jangan ganggu orang lain.

Aku rasa macam nak tegur jugak la cara dia tu tapi tak jadi. Bila aku pandang sekeliling, bukan aku sorang je yang perasan benda tu. Orang lain pun rasa tak selesa. Siap bersembang pasal hal2 belajar. Dik, sila tengok tempat ye. Sesuai ke awak nak pot pet hal ni kat surau. Saya rasa library besar sangat dan cukup selesa untuk awak bincang pasal hal ni. Awak kena hormat keadaan orang lain ye.

Actually ayat tu aku mampu cakap dalam hati jela kan..huhu! Aku rasa cukup la orang lain yang tegur. Dengan "ehem ehem" la, dengan pandangan mata lagi tapi sayangnya budak buat tak tahu je. Sabo jela erk. Kalau taknak hormat orang lain sekali pun, hormatlah tempat untuk kita beribadat..

p/s : hormat orang lain dan anda akan dapat benda sama..InsyaAllah..

No comments: