Assalammualaikum semua..
Mesti semua orang tengah tekun bekerja kan? Ke tengah layan mata? Biasa la kan kalau dah kerja di pagi isnin ni. Mata semua orang nampak kuyu je kan. Semua dah macam orang korea, sepek je mata. Aku plak tengah tension cari tajuk untuk dua buku ni. Dah la kat area ni aircond tersangatlah sejuk. Beku.
Tadi aku ada la baca info sikit kat fb pasal game bola malam tadi. Kesian aku tengok tajuk2 paper sebut pasal pemain kita. Aku rasa dorang dah usaha sebaik mungkin tapi bukan rezeki kita untuk menang. Janganlah lemparkan kata2 yang macam tu kat dorang. Aku tahu aku cakap benda yang sama semalam tapi....hurm....
Aku rasa kita pun tahu dorang berlatih macam mana kan. Kalau kalah sekali pun, kita tak patut salahkan dorang. Bangga bila ada penyokong macam ultras yang tak kisah dengan kekalahan yang diterima.
Aku pun baru tahu tadi yang badrol tak main malam tadi. Hm takpe la. Yang paling banyak disalahkan oleh datuk rajagopal adalah kfcm. Kecian dia, penjaga gol hebat dulu pun dah kecundang. Berdebar nak kahwin disember ni kot..huhu!
Apa2 pun, pasukan kita akan bertemu dengan laos dan kali ni kita kena yakin kemenangan itu berpihak pada kita..InsyaAllah,amin..
p/s : selamanya harimau malaya!!
No comments:
Post a Comment