Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, November 20, 2012

Sakit!

Views

Assalammualaikum semua..

Selamat malam diucapkan..

Sekarang ni aku dah jarang online kat lappy aku yang sangat comel tu sebab sekarang ni aku update semuanya guna handphone je. Hebat? Takde maknanya la kan. Aku lebih puas guna lappy sebab permandangannya luas. Kalau kat handphone ni kecik, tak puas langsung.

Apa2 pun tu bukan kisah yang aku nak ceritakan. Sakit? Yup, aku sakit sangat hari ni. Sakit apa? Sakit belakang sebab lepas aku masuk kerja selepas cuti seminggu, memang kerja banyak sangat sampaikan meja aku dah tak nampak rupa meja dah. Semuanya dikelilingi dengan buku. Adehhh...

Ditambah dengan kerajinan aku basuh baju so bertambah la sakit belakang aku ni. Yela, rumah sewa aku takde mesin basuh kan jadi terpaksa la gunakan tulang empat kerat aku ni. Nama pun rumah sewa kan, bukannya semua ada.

Aku tahu sekarang ni saudara2 aku semuanya sedang menangis dan bertungkus-lumus dalam peperangan yang amat dasyat. Ya Allah, tabahkanlah mereka dan kuatkan semangat mereka. Kalau nak dibandingkan dengan sakit aku ni apa la sangatkan, aku tahu dorang lebih sakit dan lebih teruk dari apa yang aku alami sekarang. Aku tahu, Allah dah tetapkan pembalasan mereka satu hari nant iaitu di akhirat sana. Moga ianya memberi iktibar untuk kita yang sedang seronok diulit keamanan. Jangan terkejut kalau satu hari munculnya gunting di dalam selimut. Eh betul ke peribahasa aku tu?

Akhir kata dari aku, jangan simpan gunting dalam selimut..huhu!

P/s : hari ni aku ada mendapat suatu khabar yang amat mendebarkan..  ^_^

No comments: