cuti yang ditunggu!
Views
Selamat Petang Semua!
..Alhamdulillah..
Beberapa hari ni terasa penat sangat. Kerja pun dah start banyak tapi aku tak kisah, dah biasa. Aku rasa dulu lagi terok aku buat kerja. Dulu boleh la tak puas hati sebab gaji tak berbaloi dengan apa yang kita buat. Bukan nak merungut atau tak bersyukur tapi mungkin disebabkan keadaan sekeliling membuatkan aku berperasaan macam tu. Takpe la, abaikan jela. Lagi pun semua tu pengalaman kan. Mana ada orang hidup terus senang, erm melainkan kau anak orang kaya..huhu!
Esok hari jumaat dan hari last aku kerja. Eh dah berhenti ke? Tak la, esok aku last kerja sebab nak start cuti panjang. Betul la kata orang, bila jauh dari kampung halaman, rindunya lain macam skit..hehe..tapi takde la rindu over sangat kan.
Aku akan cuti seminggu (haa hambik kau). Konon nak cuti direct terus la, senang skit. Memandangkan cuti aku tak boleh di "forword" so terpaksa la aku menghabiskan cuti yang ada dalam tempoh penilaian (6bulan) aku ni. Tak kisah la macam mana pun, asalkan aku cuti dan boleh balik kampung. Di sini juga aku nak mohon maaf la kat member2 yang dah sampai seru untuk menambah tangga kat rumah dorang tu sebab comfirm aku tak boleh nak pergi. Bagi aku, cuti ni biarlah antara aku dan family je. Bak kata orang, lebih baik pentingkan family dulu dari orang lain. Jadi, mohon maaf sebab tak dapat datang. Ini jela masa untuk aku luangkan untuk dorang. Kerja jauh la katakan (konon!)..
Kehidupan aku kat sini okey je tapi yang buat aku nak gelak sangat tu sebab ramai plak yang bagi nasihat kat aku suruh cari jodoh cepat2..hahahaha! Siapa la yang tak nak kahwin kan tapi aku rasa biarkan la dulu. Calon tu boleh cari bila2 pun, biarlah aku selesa dengan hidup aku dulu. Sebenarnya banyak lagi yang aku tempuh dan lalui. Aku nak cari pengalaman lagi walaupun dalam masa yang sama aku ada fikir pasal benda tu. Senang je, busykan diri anda dan anda tak akan fikir pasal benda tu. Yeke ke?
Di akhir ni, aku nak ucapkan goodluck kat bebudak yang menjalani SPM. Teringat aku masa SPM dulu, banyak main dan tak pernah serius (geleng kepala). Kenangan yang paling terindah..^_^
p/s : ramai member seangkatan kawen bulan ni..hurm..-_-"
No comments:
Post a Comment