AidilAdha yang sempurna..
Views
Alhamdulillah..
Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat menyambut AidilAdha walaupun aku rasa dah lambat skit la kan nak ucap tapi biar la, aku tetap nak ucap jugak..huhu!
Kali ni aku merayakn Qurban dengan penuh rasa gembira, kesyukuran dan senyum yang tersangat lebar. Aku dapat rasakan kegembiraan itu memenuhi ruang jiwa aku. Syukur, rezeki dari Allah. Raya kali ni aku dah sempurnakan kenduri kesyukuran atas limpah kurnia yang diberikan kepada Allah dan berharap dengan rezeki ini membawa aku ke jalan baik dan jauhkan dari kejahatan..amin..
Bak kata orang, bukan mudah untuk hidup dan teramat senang untuk tamatkan hidup. Penuh dugaan dan cabarannya. Kadang2 aku leka, kadang2 aku hanyut, kadang2 aku mudah lupa dan kadang2 aku jatuh sampai tak mampu untuk bangun kembali. Dugaan berat tapi sebenarnya kita mampu atasinya kalau menggunakan dan bukannya emosi. Itu gunanya akal kan?
Pengorbanan yang kita heboh2kan, barulah aku terasa apa itu pengorbanan. Pengorbanan mencari sesuap nasi tak kira di mana kita berada. Begitu juga dengan ilmu agama. Tidak kira di mana jua kita berada, ilmu itu sentiasa perlu di cari. Perlu korban masa, aktiviti dan sewaktu dengannya. Ada yang lebih pentingkan dunia dari akhirat..hurm..InsyaAllah, aku cuba untuk seimbangkannya.
p/s : terasa seonok bila merantau ke negari orang kerana bila tiba masa untuk pulang, debaran gembira itu lain rasanya. itu yang dikatakan rindu yang sudah menggunung..Salam AidilAdha semua!!
No comments:
Post a Comment