Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, April 12, 2013

Imbau #1 : Tragedi Pesawat Boeing 737 MH635

Views
   

Selamat pagi dan salam jumaat semua. Moga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Bersempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak buat entri lain dari yang lain sikit. Mungkin jeles dengan Aida Omar yang sering mengeluarkan kisah-kisah misteri. Jangan marah ye, *senyum*. Mungkin dari kisah ni kita sentiasa di ingati bahawa ajal itu pasti dipanggil tidak masa, waktu dan tempatnya. Disebabkan negeri yang aku duduki sekarang adalah Negeri Johor jadi tak salah untuk aku mengorek salasiah berkenaan negeri ini.

Walaupun masa kejadian ni aku masih belum dilahirkan tapi ianya cukup meragut separuh jiwa aku untuk berkongsi rasa sedih atas tragedi yang terjadi ini. Lebih-lebih aku takut sangat bila ianya melibatkan pesawat. Tak tahu kenapa sehinggakan aku pernah bertanya pada mak aku, " ummi, macam mana ye perasaan orang yang dalam pesawat bila dorang tahu pesawat dah nak terhempas?". Aku rasa perasaan mak aku tatkala itu macam nak bagi pelempang je kan sebab soalan tu tak sepatutnya aku tanya. Biasalah, nama pun budak-budak kan..huihuihui. Tapi mak aku jawab pendek je. "Ingat Allah, InsyaAllah kita pasti sedia menghadapinya".



Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni memang jarang kita dengar tentang tragedi macam ni yang melibatkan pesawat penumpang. Mungkin tidak ramai yang tahu tentang tragedi ngeri iaitu pesawat Boeing 737 MH645 yang pernah terhempas suatu ketika dahulu.  Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 ini terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977. Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas. Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya. Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ.
Kisah tragedi ni pun banyak misterinya apabila kita tidak tahu punca sebenar kejadian itu. Tetapi mengikut cerita yang mungkin sahih bahawa pesawat itu telah dirampas oleh pihak komunis kerana juruterbang sempat berkomunikasi dengan pegawai pertugas menara kawalan. Mereka yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) di Selangor meneruskan perjalanan untuk menuju ke Singapura tetapi dengan tiba-tiba kedudukan mereka tidak dapat dikesan dan hilang dari radar membuatkan mereka yang berada di menara kawalan menjadi cemas. Akhirnya segala persoalan terjawab apabila pesawat tersebut telah terhempas dan meletup di kampung Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
  Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam 10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada kawasan yang menjadi lapang seumpama ‘padang jarak padang terkukur’ apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda pesawat.

Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu. Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat, gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan. Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.





Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.




p/s : Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada mereka yang telah terkorban dalam nahas ni. Tidak kisah la macam mana ianya terjadi kerana ianya telah pun terjadi.


p/s : Mari kita imbau lain DISINI

2 comments:

Latifahzainal said...

pernah dgr kisah nie drp mak sy..dasyat dan menyayat hati..semoga roh2 mereka yang tekorban bersemadi dengan aman..alfatihah..

Unknown said...

owh yke..dengar macam ni pun dah dasyat kan..