Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, April 24, 2013

Imbau #2 : Tragedi Kejam 1984

Views
  
 
Selamat pagi semua. Wah tengah sibuk buat kerja ke buat apa tu? Aku? Ada je kerja tapi biasa la, selalu buat-buat tak nampak je kerja yang tengah berlambak kat depan mata ni (sila jangan contohi sikap aku)..hehe

Pada pagi rabu yang sangat nyaman ini, sekali lagi aku buka entry imbau kes-kes yang pernah terjadi dahulu kala. Tidak kisah la kat negeri mana pun. Kalau korang ada tragedi best-best, moh la kongsi dengan aku. Aku ni sekarang dah jadi macam CSI plak sebab sibuk siasat dengan bantuan enchik google. Terima kasih ye. Haa tak pasal-pasal je hari ni aku ada dua entri. Jangan marah ye.

Apa yang terjadi pada tahun 1984? Tahun yang semestinya tiada lagi kemunculan aku di dunia ini. Kenapa? Apa yang dah terjadi? Sabar. Aku nak cerita la ni. Pastinya rakyat johor pun tahu kisah sedih yang menimpa dua beradik yang telah dibunuh dan disumbat di dalam lubang tandas. Kejam? Tersangat la kejam. Serius!

Mayat Azman Wardi, 10 dan adik perempuannya, Saniah, 3 ditemui dalam lubang najis di belakang rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor. Nama kampung best dah, "Muhibbah" tapi yang sedihnya dua orang penduduknya tersangatlah tidak Muhibbah. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dipercayai mereka telah dicekik hingga mati dan diikat kemudian di sumbat ke dalam lubang najis. Nampak tak betapa kejamnya orang tu.

Pada tanggal 30 April 1984, perasaan bimbang sepasang suami isteri yang mempunyai lima orang anak iaitu Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42 telah menyerang mereka tatkala kedua-dua anak kesayangannya tidak muncul-muncul sesudah azan Maghrib berkumandang. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat laporan polis atas kehilangan mereka. Sehinggalah pada 7 Mei penduduk kampung gempar apabila menemui mayat mereka yang di sumbat ke dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohammad Salleh. Dengan penemuan tali rapia di rumah Salmah yang mempunyai persamaan dengan tali yang diikat pada kanak-kanak tersebut, tanpa teragak-agak polis terus menahan suspek. Dengan penahan tersebut, bermulalah pendedahan demi pendedahan. Ianya bukan sekadar pembunuhan semata-mata tapi ada sebab kenapa pembunuhan itu boleh terjadi.
Pada hari keempat perbicaraan, Salmah sebagai saksi pendakwa telah menuduh Sam Ser, 31 yang telah membunuh dua beradik tersebut. Pertuduhan tersebut mengejut semua orang. Di situlah bermulanya kisah hubungan rahsia di antara Sam Ser dan Salmah apabila dua beradik tersebut tidak sengaja telah menyaksikan hubungan sumbang mereka itu. Selepas kehadiran mereka diketahui, barulah Sam Ser bertindak mencekik dan menyumbat mereka ke dalam lubang tandas untuk menyembunyikan kesalahan mereka itu. Mayat mereka telah di jumpai oleh bekas suami Salmah iaitu Razali apabila terbau bau busuk dari arah belakang rumahnya membuatkan dia cuba mencari punca bau tersebut sehinggalah dia membuka penutup najis dan mendapati ada dua mayat yang saling diikat antara satu sama lain.

(gambar) Sam Ser kiri dan Salmah kanan


Nak tahu apa pengakhiran cerita ini? Sam Ser di dapati tidak bersalah dan makkamah telah membebaskannya. Tapi tidak lama kemudian itu, dia ditahan kembali atas kesalahan membunuh dalam kes lain pula. Tak puas hati? Aku pun tak puas hati sebab Salmah sendiri dah mengaku tapi siapalah kita untuk membuat keputusan tersebut. Mungkin pada masa itu, bukti masih belum mencukupi. Dengar cerita Razali (bekas suami Salmah) juga disyaki membunuh mereka tapi atas sebab apa aku sendiri pun tak tahu. Moga arwah dua beradik tersebut tenang di sana dan sentiasa di bawah rahmat-Nya. Al-Fatihah...



p/s : Kisah yang aku tuliskan ini dipendekkan je. Kalau nak baca kisah panjangnya sila la baca DISINI

p/s : Mari kita imbau kisah lain DISINI


Post a Comment