Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, April 10, 2013

Musim Kekalahan

Views
  
Selamat pagi semua dan Alhamdulillah, pagi ni kita masih lagi mampu untuk bernafas di bumi Allah yang indah ini.

Tajuk entry aku kali ni nampak sedih kan? Nampak je tapi tak rasa pun..kuikui..Okey, aku pun malas nak memanjangkan story aku ni jadi aku cuba sedaya upaya untuk memendekkan apa yang telah dipendekkan. Hurm bahasa apa yang aku guna tu ye. Yela, aku buat entry ni kat opis. Banyak plak orang lalu lalang kan. Biasa la, aku ni macam negeri Melaka yang sering menjadi tempat laluan kapal dan tempat persinggahan. Ibaratnya macam tula kan jadi korang comfirm boleh faham. Kalau korang tak boleh faham jugak silalah selak balik buku sejarahnya. Harap maklum.

Okey, berbalik pada persoalan "kekalahan" tadi tu. Bak kata orang, kalah sekali tak bermakna kalah selamanya. Sekarang ni kat "uni" (universiti) aku tengah hangat pasal karnival sukan. Nak taknak, memang aku kena join sebab ramai yang tak berapa layan sangat pasal sukan ni. Last sukan aku rasa masa kat tempat kerja lama aku. Masa tu aktif dengan futsal dan badminton tapi sempat training jela sebab aku dah dapat kerja baru (kerja sekarang).
First game aku masuk adalah badminton. Kalah.
Second game aku masuk adalah karom. Kalah.
Third game aku masuk bola jaring. Masing dalam proses permainan.
Fourth game aku mungkin akan masuk bola padang. Gulp! Game tu minggu depan.

Jadi bila buat ringkasan macam tu korang pun boleh agak betapa tak handalnya aku dalam sukan..kuikui..Jenis aku, kalah ke menang ke aku tak berapa nak heran sangat, asalkan aku dah boleh join tu kira okey la kan. Ada la jugak keluarkan peluh. Daripada aku asyik buat kuak lentang kat rumah, ada jugak aktiviti aku nak buat.

Bola jaring aku rasa aku akan kalah walaupun game semalam menunjukkan betapa sengitnya tapi comfirm kalah..harharhar! Tak baik aku buat macam tu. Untuk bola padang pun comfirm aku kalah jugak. Belum start pun aku dah tahu memang kalah la sebab aku tak reti main langsung..harharhar! (bajet gelak bangga). Bola tampar dengan tarik tali je yang menang. Yang lain.........Hampeh! harharhar!

Okey la, aku rasa lebih aku stop je. Nanti lagi aku cerita gelak aku akan makin bertambah..harharhar! See!!!!! okey bye..

5 comments:

uL Nida said...

nak gelak jugak.. kakakakakaka..
mana tau bola padang awak menang sebab ada saya.. ehh.. kekekeke

Unknown said...

ehhh...harharhar!
kalau sy menang disebabkan awak..
betapa bertuahnya saya..:p

Latifahzainal said...

eshh3..game yg belum lawan mane boley mgaku kalah awl2..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sebab tak reti main, tu yang ngaku awal2..hehe