Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, April 25, 2013

Imbau #3 : Pompei, Mengulang sejarah kaum Luth

Views
  


Selamat pa....eeerrr...petang semua!! Eh cepatnya masa berlalu. Poyo je kan. Sebenarnya habis kerja ni aku plan nak balik kampung..huhu! Bersemangat Mak Jemah. Tapi petang ni aku singgah rumah kakak aku dulu, esok baru balik perak.





Tahu kisah Kota Pompei? Haa moh kita sama-sama kembali ke masa dahulu, Sekitar abad-6 sebelum masihi. Kota ni dibangunkan oleh Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat di tengah Itali. Pompei menjadi kota yang berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan tetapi di sebalik kemajuan itu terselit kisah yang mengimbau kita tentang sejarah kaum Luth. Masih ingat macam mana kehidupan kaum Luth? Haa kalau korang tak ingat korang refresh la sendiri ye.







Berbalik pada kisah tadi, kota ini membangun sebagai pusat pelacuran dan banyak bangunan dibina untuk tujuan itu. Masyarakat Pompei pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang meyakini  bahawa persetubuhan tidak patut dilakukan secara sembunyi tetapi perlu dilakukan secara terbuka. Memang dasyat gila kepercayaan dorang ni. Sampai macam ni sekali pemikiran dorang. Biasalah, apabila fikiran manusia dipenuhi dengan nafsu, perkara baik pun dorang tak boleh nak terima dah.

Seperti balasan ke atas kaum Luth, tiba-tiba kota ini lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 ogos tahun 79 Masihi, semua penghuni kota menjalani rutin harian seperti biasa tanpa memikirkan apa yang terjadi selepas itu. Akhirnya kota itu lenyap tanpa disedari oleh mereka sendiri. Pelik? Itulah kuasa Allah.  Kota Pompei yang tersangat gah suatu ketika dahulu hilang di dalam lipatan sejarah dan tiada siapa pun yang tahu kewujudan kota tersebut. Macam mana kota itu boleh hilang dengan tiba-tiba? Kota itu dilanda bencana letusan gunung berapi. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, Khususnya Kota Naples (bersebelahan dengan kota Pompei). Gunung yang telah membisu sejak DUA RIBU TAHUN yang lalu itu dinamakan "The Mountain of Warning" (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama tersebut bukanlah tanpa sebab. Azab yang menimpa kaum Luth memang serupa dengan bencana yang menghancurkan Kota Pompei. Dipendekkan cerita, Gunung inilah yang meletus dan menghilangkan kota Pompei dalam sekelip mata sahaja.




Yang paling menarik sekali dari peristiwa ini adalah takde seorang pun yang mampu melarikan diri dari letusan tersebut. Sampaikan para penduduk yang berada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana tersebut. Hebatkan kuasa Allah. Jika DIA mengkehendaki sesuatu perkara itu terjadi, pasti ianya akan terjadi tidak kira dalam keadaan apa sekali pun. Kalau ikut pengetahuan kita, kena api mesti kita akan jadi abu tapi bukan kali itu. Lava itu seperti mengawet semua mayat dan membentuk batu. Bermacam bentuk dan aksi. Itu menunjukkan bahawa mereka menghadapi bencana itu ketika melakukan hubungan terlarang sesama jantina. Astaqfirullahhal 'azim....Menakutkan! Serius!


“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29)




 Apa sebenarnya yang kita pelajari dari kisah ini? Azab Allah akan kita terima bila-bila masa saja tanpa kita sedari langsung. Tinggalan seperti itu untuk peringatan buat kita seperti mana mayat Firaun yang masih lagi sempurna untuk membuktikan bahawa dia pernah kufur pada Allah. Al-Quran itu benar kan? Jadi mari para sahabat, kita berubah bukan hanya untuk diri kita tapi untuk jaminan kita di akhirat sana. 


p/s : Manusia zaman sekarang, bila dah tahu perkara salah/berdosa tetap nak buat. Nama pun manusia kan, tidak akan pernah sedar.

 p/s : Mari kita imbau lagi DISINI

2 comments:

Latifahzainal said...

kisah nie sy bru taw..huhu...amik pgjrn drp ape yg berlaku.btw slmt pulg ke kg..

Unknown said...

yup,mari sama-sama kita ambil pengajarannya..

terima kasih ^__^