Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, April 23, 2013

Satu Teguran

Views
   


Selamat pagi semua. Dah sarapan ke? Harap pagi ni kita makan makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan supaya dapat menambahkan tenaga di kala melakukan kerja tidak kira di mana saja tempatnya.

Setelah hampir seminggu juga aku diserang "sakit" yang aku sangkakan tidak akan hadir setelah hampir beberapa bulan "sakit" itu aku tinggalkan. Ya, ini bukanlah kali pertama buat aku. Ianya kali kedua dan kali ini ianya amat mencabar kerana tiada orang tersayang disamping aku. Kalau dulu ada juga la kakak yang jaga tapi kali ini aku memang kena kuatkan hati sepanuhnya. Susah sebenarnya nak yakinkan sakit yang kita hadapi tanpa bukti yang kukuh. Ya, aku tiada bukti tapi sakit itu tak mungkin dapat aku sembunyikan. Tak akan boleh.

Sekali lagi aku terlantar tapi tidak seteruk dulu. Aku cuba sedaya upaya untuk gagahkan diri untuk bergerak dan tidak terlalu mengikut kerenah sakit tu. Ya, Aku cuba walaupun susah. Tidur yang sentiasa diganggu dengan denyutan. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya. Tiap kali makan, muntah saja yang akan aku terima. Hinggakan tiada apa yang hinggap di perut ku. Tiada makanan dan tiada air. Aku lemah. Cuba solat secara duduk pun aku rebah. Tatkala itu aku mampu pejam mata dan mula terbayang wajah kedua orang tua ku. Ah! Alangkah seronoknya mereka berada di sini. Senyuman yang tadi terukir mula pudar. Aku berkhayal rupanya. Mereka tiada di hadapan aku. Hanya bayangan gelap menemani ku.

Ada rakan yang menyatakan bahawa sakit ini satu keistimewaan kerana terhapusnya dosa kecil yang kita lakukan. Aku menggeleng laju. Mungkin tidak bersetuju. Ini ujian dan juga teguran Allah buat aku, hamba yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan atau dosa. Bila terlantar sebegini, dapatlah aku imbau kembali apa yang telah aku lakukan sebelum ini. Ya, aku masih lagi melakukan kesilapan. Mungkin solat aku masih belum sempurna. Mungkin aku masih belum menutup aurat dengan sempurna. Mungkin aku masih belum menggunakan pancarindera dengan sebaiknya. Mungkin aku mengecilkan hati seseorang. Siapa tahu? Aku pasti berbuat silap tanpa aku sedari.

Sekarang asyik berulang-alik ke klinik. Kejap kena cucuk la, kejap kena masuk air dan akhir sekali doktor nasihatkan aku supaya cek darah. Mana la nak tahu aku ada penyakit yang aku tak tahu selama ni sudah bersarang di dalam diri. Pernah juga mengeluh. Kenapa aku sakit? Aku dah letih sakit sebegini. "Allah dah beri, terimalah dengan hati yang terbuka. Kat luar sana lagi ramai yang sakit lagi teruk". Tatkala itu aku terdiam apabila mendengar jawapan dari Ummi. Ah! aku mudah mengaku kalah dengan ujian kecil Allah ini. Apa-apa pun aku bersyukur dengan kehadiran Ummi di sini. Itu pun setelah aku menangis (mengada sebenarnya). Pengorbanan ibu sentiasa menggembirakan kita. Pengorbanan kita? 

Nasihat dari aku, jagalah kesihatan kita tidak kira dalam keadaan apa sekali pun. Kalau tak sakit itu akan menyusahkan kita dan juga orang lain. Di sini, dengan hati yang tulus ikhlas berterima kasih pada semua yang banyak tolong aku. Housemate, budak opis dan rakan-rakan yang lain. Walaupun ada yang jauh, kata-kata pun dapat mendatang semangat. Terima kasih aku ucapkan. Moga aku dapat membalasnya suatu hari nanti.



4 comments:

uL Nida said...

cepat sembuh ye.. insyaAllah.. hwaiting!!

Unknown said...

tocey tocey..hehe

Latifahzainal said...

sakit tu ujian allah,ade hikmah yg kite x taw.mungkin bila sakit kite lbh dekat dgn allah...smga awk cpt sembuh..boleh taw awk sakit ape ek?

Unknown said...

saya takde la sakit teruk sangat pun..sekadar migrain+gastrik je..

terima kasih ye atas doa awak tu..^__^