Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, April 11, 2013

Teknologi masa kini

Views
  
Alhamdulillah, selamat pagi dunia. Moga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah...

Hari ni saja aku buka topik macam ni. Nak buka topik pasal politik macam bosan je kan jadi aku cerita la pasal benda ni memandangkan kita sedang dilimpahi dengan pelbagai teknologi. Agak kagum dengan kemajuan sekarang tapi ada juga sesetengah pihak yang menyalahgunakan teknologi yang semakin canggih ini. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Kalau kita salahkan mereka, mengapa wujudkan teknologi sebegini? Orang tu takde otak? Mungkin. Tapi hari ni bukan itu yang aku ingin ceritakan. Aku ingin bercerita tentang kemeriahan teknologi yang kita gunakan sekarang yang dulunya tiada kepentingannya tapi buat orang zaman sekarang, tiada teknologi tiadalah nikmatnya.

Laman Sosial
Mari aku mulakan dengan laman sosial yang digilai pada zaman sekarang ni. Waktu zaman sekolah dulu yang paling popular sekali adalah laman chatting. Aku pun dah lupa nama laman tu. Tak salah aku MRC ke apa erk. Tak pasti tapi laman tu memang jadi fenomena suatu ketika dahulu. Siapa yang tak tahu memang sangat ketinggalan zaman. Kemudian barulah munculnya friendster. Aku kenal Friendster masa aku baru je masuk kolej. Aku memang ketinggalan masa tu tapi tak lama sebab Myspace datang cuba mengugat kehebatan Frinedster.






Agak lama juga Myspace mempertahankan kejuaraannya sehingga dicantas oleh kehadiran Facebook yang semestinya telah menenggelamkan kedua-duanya. Tidak kira Friendster mahupun Myspace. Facebook jadi fenomena apabila penggunanya sudah mencecah berbilion-bilion. Hebat juga dengan penangan Facebook ni sebenarnya. Seiring dengan Facebook, munculnya pula laman social baru iaitu Twitter. Haa tapi twitter ni berlainan sedikit sebab hanya dapat mengeluarkan tweet-tweet sahaja dalam keadaan terhad sahaja. Yela, kalau nak tweet hanya beberapa perkataan sahaja dibenarkan, tak boleh lebih langsung.


Karangan

Karangan? Mata pelajaran Bahasa Melayu ke? Tidak. Ianya suatu laman sosial yang berbentuk penulisan ataupun bergambar. Tidak kiralah anda menggunakan Blogspot, Wordpress ataupun Tumblr sebab hanya satu nama sahaja untuk anda semua iaitu anda seorang blogger. Yang ni aku tak tahu la siapa yang mulakan dulu sebab aku kenali semua laman ni dalam masa yang sama tapi memilih untuk menggunakan blogspot. Ada juga Tumblr tapi jarang pula digunakan. Laman di sini lebih tertumpu pada seseorang yang lebih suka bercerita dalam penulisan. Ianya lebih senang dan mudah difahami. Komunikasi antara penulis dan pengkomen sangat memerlukan antara satu sama lain. Itu pun kalau si penulis punya masa yang banyak untuk membalas komen.


Cakap-cakap

Haa ini satu laman yang sudah popular dari dulu lagi. Youtube adalah satu medium yang sangat meluas. Bukan setakat di malaysia tapi ke seluruh dunia. Hebat! tapi ada sesetengah pihak menyalahgunakan laman ini yang kadang-kadang boleh membawa fitnah ataupun pembohongan. Ia juga membawa kejayaan kepada sesetengah pihak yang benar-benar berbakat seperti terlahirnya artis Youtube seperti Najwa Latif, Ainan Tasneem dan sebagainya. Vlog juga tidak terkecuali kerana mereka yang aktif ber Vlog mula dikenali seperti Matlufhti, AmanWan, Anwar Hadi, KD dan tak lupa juga Ustaz Azhar Idrus..hehe.. Oh lupa, sekarang sudah muncul laman yang terbaru iaitu Keek.
    

Okey la, cukup la setakat ni je laman sosial yang sering digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak kita kenali. Macam mana pula dengan komunikasi antara orang yang kita kenali. Banyak juga. Jom kita tengok.

Dulu pastinya alat komunikasi yang penting adalah telefon kerana kemudahannya dalam melakukan panggilan jauh. Dari wayar hinggalah tiada wayar. Dari besar hingga la kecil sebesar tapak tangan. Sebut saja mahu jenis apa, semuanya ada. Dulu hanya boleh membuat panggilan dan sekadar mesej tapi sekarang ini lebih dari itu. Munculnya telefon bimbit Balckberry yang memberi kemudahan berchatting dengan menggunakan BBM yang hanya boleh dilanggan dengan harga 50sen sehari. Kedatangan WhatsApp cuba mencantas BBM kerana bukan semua orang mampu memiliki Blackberry yang agak mahal dulu. Selepas itu kita dihujani dengan pelbagai aplikasi seperti Viber, Instagram dan yang terbaru adalah WeChat. Semua kegunaan adalah sama. Chatting dan Voicemail. Mungkin bagi Instagram agak lain sedikit sebab melibatkan gambar semata-mata.



Terlalu banyak teknologi yang kita gunakan sekarang. Mana satu pilihan anda??
Post a Comment