Assalammualaikum semua..
Selamat tengahari dan selamat memulakan kerja pada sesiapa yang baru je masuk opis hari ni. Yela, dah seronok cuti panjang kan.
Aku yang masih lagi ada mood cuti, datang kerja dengan lemah-longlai terkejut dengan berita pemergian ahli keluarga salah seorang rakan sekerja aku. Dari pandangan aku, musibah datang bertimpa2 kerana hari tu ayah dia jatuh kemudian kehilangan mak dia plak. Tengok dia masa melawat tadi,aku tahu dia cuba tersenyum. Tabahkan hati bila jumpa orang sekeliling sampaikan aku tak terucap takziah kat dia. Aku plak yang tak sanggup nak tengok keadaan dia. Sedih. Tengok keadaan keluarga dia..Ya Allah,betapa aku dapat rasa kesedihan tu.
Tiba2 masa tu jugak aku teringat ummi yang nun jauh di sana. Memang tekad aku nak gembira ummi. Aku nak dia tengok kejayaan aku dan kongsi saat kegembiraan aku. Aku tak tahu macam mana keadaan aku tanpa ummi. Biar la ummi membebel sepanjang masa kalau itu buat ummi gembira. Aku sanggup duduk dan dengar apa yang dia ingin bebelkan. Ummi ibarat nyawa aku yang tidak boleh dipisahkan dari jasad. Kalau dipisahkan satu hari nanti,apa yang akan jadi pada jasad? Aku menanti hari esok penuh debaran. Tidak kira siang atau malam,kematian itu pasti akan menjemput.
Teringatkan ummi macam ni pun dah buatkan aku nak menangis. Entah la,kerisauan tu dah terpahat dalam hati aku. Lebih2 aku dah berjauhan dengan dia. Kalau diberi pilihan, biar aku yang pergi dulu tapi aku tahu, aku tak dapat membaca apa yang akan jadi pada masa hadapan.
Kepada Azlan serta keluarga, takziah aku ucapkan. Tabah dan kuatkan semangat dalam menghadapi kehidupan masa akan datang. Moga perjalanan dia di alam sana dirahmati Allah..Al-Fatihah..
p/s: tahun depan ramai geng library kahwin, sakan la semua..huhu!
2 comments:
hehe
cepat kawen, leh aku makan nasi minyak. hehe
haha..
ada jodoh comfirm aku ajak..
jangan xmai sudah la..
hehe
Post a Comment