Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Monday, December 31, 2012

Di hari terakhir 2012

Views



Assalammualaikum semua dan selamat pagi..

Hari ni dah 31hb Disember, menandakan hari terakhir untuk kita di tahun 2012 ni. Tepat pukul12 malam nanti, munculnya tahun baru untuk kita iaitu 2013. Alhamdulillah, aku masih lagi bernafas untuk menikmati tahun baru ini. Moga kedatangan tahun baru ni memberi aku sejuta makna dalam hidup, tak kira di dunia ataupun di akhirat nanti.

Rata2 status kat FB ataupun twitter penuh dengan azam baru masing2. Aku? Aku rasa tiap kali hadirnya tahun baru, aku tak pernah ada azam. Biarlah tiap tahun azam aku sama je iaitu gembirakan kedua orang tua aku dan sentiasa dekatkan aku kepada pencipta. Itu pun sudah cukup bagi aku. Yang lain tu, buat ke tak buat ke sama je. Tetap takde perbezaan.

Tahun 2012 ni banyak jugak kenangan manis dan pahit yang aku hadapi. Paling manis sekali bila aku dapat kerja. Itulah perkara yang aku nantikan selama ini. Tinggalkan keluarga, kawan dan sebagainya. Sedih jugak tu. Kenangan pahit? Biarlah kenangan tu berlalu tanpa perlu berkata2. Aku anggap apa yang jadi, tak pernah jadi pun. Biasalah suka duka dalam hidup, kadang2 boleh melemahkan kita. Aku ingin pandang ke hadapan dan terus melangkah tanpa toleh walaupun sedikit. InsyaAllah, moga perjalanan aku nanti di rahmati Allah. Niat aku ikhlas tanpa sebarang muslihat. Terpulang kepada individu tersebut untuk fikir negatif terhadap aku. Itu hak masing2 dan aku tahu apa yang aku buat adalah berlandas akal tanpa melibatkan sedikit emosi pun. Aku dah matang ke? Belum tapi mungkin aku ke arah itu..hehe..

Apa2 pun aku tak pernah fikir pasal apa pun lagi, aku nak tumpukan pada hidup aku dan dulukan kegembiraan buat keluarga. Jodoh? Abaikan hal itu dulu, InsyaAllah kalau dah terbuka hati pastinya aku akan berusaha mencari..

p/s : Selamat Tahun Baru semua..^_^


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Post a Comment