Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, December 13, 2012

Oh Malaysia Ku!

Views

Assalammualaikum semua!

Suara still okey ke? Yela, dok excited jerit pasal bola tadi kan (maki reff). Akhirnya semua persoalan telah pun terjawab pada malam ni bila si gajah telah menumpaskan harimau di sawah padi..hehe..perli sebenarnya tu.

Separuh masa pertama memang aku dah start tak sedap hati dan tak senang duduk sebab gawang malaysia asyik kena serbu je. Tabik spring kat farizal marlias yang telah berusaha keras menyelamatkan gawang malaysia walaupun bolos 2 gol. Kesilapan tu tak boleh diletakkan kat dia sebab pertahanan kita yang lemah sebenarnya. Lagipun stanima thailanda lebih laju berbanding pasukan kita. Gerakan serangan yang bertubi2 sampaikan kita tak ada peluang langsung nak masuk kawasan dorang.

Agak kecewa dengan sikap reff yang terlalu "over" dalam menggunakan kuasa vito dia tu. Sepatutnya dia selidik dulu sebelum buat keputusan. Memang fazli ada selisih faham dengan pemain thailand tapi dia yang mulakan dulu,bukan fazli..kesian matyo,dia yang dijatuhkan tapi geng sendiri plak yang dapat kad merah. Lepas je kena kad merah, memang nampak sangat geng malaysia rasa tension sebab main guna 10orang je. Ha ni mesti sebab ramai sangat yang layan k-pop..huhu! Tak pasal2 reff yang berasal dari korea tu popular. Bukan popular sebab orang suka tapi popular sebab dah kena pangkah. Wanted poster plezz!!

Bila masuk separuh masa kedua, aku dah mula pasrah bila thailand dengan bangganya membolos 2gol dalam gawang kita kemudian baru la si safee sali dibawa masuk. Senjata yang dikeluarkan last2 minit hampir menjadi bila dorang mula semangat dan cuba cari gol. Pemain thailand macam dah tahu je siapa pemain yang hebat dalam pasukan kita bila dorang kawal ketat pergerakan matyo. Walaupun dah cuba banyak kali pun, gol masih lagi belum boleh ditembusi sehinggalah tamat permainan.

Apa2 pun tahniah buat mereka yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan kemenangan berada di pihak kita tapi apakan daya, bukan rezeki kita untuk tahun ini. Tunggu kemunculan kita pada 2014 nanti..Yihaaa!!!

p/s: suka dengan sikap badrol yang berhati2, jenis cooldown dan tak mudah melenting. Sentiasa tersenyum,hebat!

No comments: