Assalammualaikum semua..
Alhamdulillah, tadi aku balik rumah dalam keadaan basah kuyup tapi tetap bersyukur kerana hujan masih lagi turun dengan izin-Nya. Moga hujan kali ni membawa manfaat untuk kita semua.
Sekarang ni aku macam dah aktif skit menghapdetkan aku punya blog ni. Yela, semenjak aku boleh update guna handphone ni cepat je jari aku taip padahal idea nak cerita apa pun tak tahu. Bila dah seronok taip rindu plak aku kat pen dan buku yang memang sentiasa dengan aku. Buku yang penuh dengan karangan aku. Aku kalau nak mengarang lebih suka buat draf dengan menulis lepas tu baru taip sebab dengan cara tu lebih mudah aku dapat jalan ceritanya.
Teringat waktu aku tengah aktif dengan fikrahislam dulu, ada satu cerita yang aku tulis yang bertajuk "keberanian si pena". Cerita tu tak la best mana pun tapi macam menusuk jiwa aku je kan. Susah sebenarnya nak gambarkan situasi berperang tu sampai aku kena tengok video semasa orang islam kena tindas dulu tapi cerita aku tak la tahap mendalam sangat, sekadar cerpen.
Aku pun dah start mengarang balik. Aku tak mampu nak tolong sedarkan orang kat luar sana tapi mungkin tangan aku dapat membantu walau sedikit. Kalau ini je caranya, InsyaAllah aku akan terus menulis. Tak kisah la ada orang nak baca ataupun tak, yang penting niat aku. InsyaAllah, kalau cerpen tu dapat disiapkan esok aku akan terus publish je.
p/s : gambar kat bawah ni cerpen yang aku tulis start dari komuniti iluvislam sampai la kat fikrahislam. Ada 16buah cerpen semuanya. Andai masa dapat diulang kembali...
No comments:
Post a Comment