Assalammualaikum dan selamat pagi semua!
Alhamdulillah,kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Semalam ada sesuatu yang terjadi dan memang aku dah tahu situasi tu pasti akan berlaku. Cepat atau lambat je. Mungkin apa yang terjadi semalam akan mengubah hidup aku suatu hari nanti dan aku pastikan penyesalan itu tak akan pernah muncul dalam hidup aku. Ye,apa yang terjadi semuanya ada hikmah. Tidak kira la ianya baik atau pun tidak tapi aku tahu,perancangan Allah itu lebih baik. Dari saat ini,aku serahkan segalanya pada DIA.
Bukan senang untuk hidup di bumi. Penuh cabaran dan dugaan yang perlu kita tempuh. Kadang2 ujian tu kita tak nampak,mungkin hati kita masih lagi buta dalam menilai kasih Allah agar kita kembali pada-Nya. Mungkin aku salah seorang daripada mereka,siapa tahu kan?
Aku tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan tapi aku masih lagi mahu bertahan dan tak akan putus asa. Aku teruskan hidup aku macam biasa. Biarlah aku hilang sesiapa pun,keluarga tetap jadi keutamaan aku. Kadang2 benda ni buat aku serik tapi entah kenapa aku tetap mahu teruskan walaupun aku sedia maklum duri di hadapan akan sakitkan/cucuk aku bila2 masa je. Biarlah permulaan begitu payah,moga ada titik kegembiraan di akhir noktah.
Pagi2 lagi aku dah membebel pasal hal ni dan aku pasti sesiapa yang baca (kalau ada orang baca la kan) mesti confius dengan apa yang aku cuba ceritakan. Tak apa,siapa yang hebat pasti boleh menilai cerita aku..sekian
1 comment:
Sabaq noh azie.. :)
Post a Comment