Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, March 15, 2013

Quato Jumaat

Views
  
Allah berfirman: Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)



Sentiasa melihatkan diri kita dalam keadaan serba kekurangan. Itu akan membuatkan kita sentiasa mahu memperbaiki diri tidak kira masa dan tempat. Janganlah disebabkan kita tahu serba-serbi tentang agama membuatkan kita lupa dan mula meninggi diri. Tegurlah mereka dengan baik dan janganlah mengatakan sesuatu ataupun menghina tanpa pengetahuan mereka. Pastinya kepuasan kata-kata itu akan hilang dan dosa tetap akan kekal walaupun ianya adalah benar sekalipun. Ramai sudah sedia maklum tentang hal ini tapi masih lagi melakukannya. Kita manusia kan? Manusia itu mudah lupa dan juga mudah terpedaya.

Salam Jumaat Semua..^_^

1 comment:

Diari Si Froggie said...

Aida selalu pegang pada ayat AlQuran nie.. tak baik hina2 dan merendah2kan orang.. sebab setiap manusia yang Allah jadikan punyai kelebihan tersendiri :) suka entry nie..