Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, March 4, 2013

antara sejarah dan logik?

Views
  



Apa khabar dan selamat tengahari semua. Kita sedia maklum bahawa angka korban bagi wira kita semakin bertambah dari hari ke hari. Sampai bila situasi ini akan berakhir? Kita sendiri pun tak tahu.

Hari ni, dengan penuh tekun dan sabarnya aku "menelaah" situasi sejarah yang berkaitan dengan kesultanan sulu ni dengan bantuan encik google. Aku tak la percaya 100% maklumat yang aku dapat ni tapi sekadar tambah ilmu dan cuba membezakan antara satu artikel dengan artikel yang lain. Kalau benar kisah berakhirnya kesultanan sulu dan juga perjanjian "pajakan", aku sendiri tak dapat nak beri satu penyelesaian yang tepat. Ada sesetengah orang yang mengandaikan ianya suatu "penyerahan" dan bukannya "pajakan" serta sebaliknya. Sudah berapa banyak artikel aku cuba fahamkan tapi takde satu artikel pun cuba mengatakan perkara yang sebenarnya. Semuanya copy and paste. Aiyooo! Ada jugak aku cari buku "islam di filipina" untuk mengetahui tentang salasiah kesultanan sulu dan apa yang telah terjadi pada masa itu (erm sebenarnya aku tak baca lagi). Jadi mungkin aku boleh simpulkan selepas itu.

Yang buat aku 'marah' sedikit bila ada orang yang cuba menyalahkan antara satu sama lain dalam hal ini sehinggakan menarik kisah 'politik' dalam pergelutan yang pada pandangan aku semakin serius ni. Ingat, jangan jadikan pengorbanan wira2 kita itu dipandang sia2 saja. Cuba selesaikan walaupun aku tahu, pendamaian cuba dibuat tapi ditolak oleh pihak mereka. Orang luar/yang tidak tahu menahu, duduk jela diam2 ataupun berdoa agar bumi sabah di selamatkan. Tidak perlu rasanya untuk hebohkan pihak ini salah atau pihak itu yang salah. Berusaha itu penting dan kerajaan perlu pandai untuk bertindak sebab kita tidak berada di tempat kejadian. Lain la kalau korang ada bukti kukuh. Kalau ada bukti kukuh sekali pun tak payah la pong pang pong pang je yang lebih. Pergi la mahkamah ataupun tempat yang boleh memulakan soal siasat agar kebenaran di keluarkan.

Aku ada baca sesetengah maklumat yang mengatakan ini akan memecahkan islam kerana kita memerangi saudara islam kita sendiri. Pilihan kita ke itu? Bukan. Itu pilihan mereka. Mereka kata kita perlu bersatu dan tidak perlulah berebut tanah yang hanya dapat dirasa di dunia saja. Sebelum anda berkata sebegitu, pergi kat cermin dan tengok diri anda sendiri. Adakah malaysia sendiri sudah bersatu? Tepuklah dada dan tanyalah selera.

Walaupun kita dapat tahu ada penipuan di sebalik semua kejadian ini sekalipun adakah kita masih sanggup melepaskan sabah ke tangan mereka? Anda sendiri tahu jawapannya dan tahu menilai. Pertelingkahan tentang hasil bumi sabah juga dipertikaikan. Walaupun berapa banyak entri yang blog keluarkan pastinya tiada satu penyelesaian pun dapat dibuat melainkan malaysia menyerahkan sabah, mereka menyerah diri/berundur atau kedua2 negara ini mengisytiharkan perang. Maaf jika entri aku kali ni agak serius sedikit. Ini adalah pendapat peribadi aku dan masing2 punya pandangan sendiri. Aku hormat pandangan orang lain.


p/s : bagi la "dia" jadi PM, kesian aku tengok..

No comments: