Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Sunday, March 10, 2013

Kembara #3 : Hiking! Gunung Lambak

Views
  
Selamat malam semua! Dah makan malam ke belum? Apa menunya? Mesti bestkan. Sepatutnya entry ni aku buat semalam (sabtu, 9/3/2013) tapi disebabkan semalam aku dah letih sangat jadi aku tak mampu nak menaip bagai ni jadi aku taip la malam ni.

Tepat pukul7 (eerrr takde la tepat sangatkan), aku dengan housemate aku bergerak menuju ke Kluang tapi sebelum tu kitaorang berhenti kejap sebab nak ambil sorang lagi kawan yang nak join hiking jugak. Erm bukan kawan aku pun tapi kawan housemate aku. Idea hiking ni dia (housemate) la yang plan. Aku ni ikut je, tak kisah. Daripada aku mengulingkan diri aku kat rumah ni lebih baik la aku kena cahaya matahari skit kan.

Erm kitaorang hampir sesat sebab first time pergi tempat tu. Walaupun ada orang tu pernah pergi (kawan housemate) tapi tetap sesat jugak sehinggakan aku buat u-turn kat tempat yang tak sepatutnya. Haishh! berani mati betul aku masa tu. Kalau korang ada masa tu comfirm korang mengucap banyak kali. Dan akhirnya kitaorang sampai.....

Mula2 aku excited, biasa la tu baru start nak naik kan. Semangatnya lain macam skit tapi bila aku start mendaki...Fuhhhh! sempot kotttttt.....

p/s : kelemahan aku........tak suka daki gunung yang terlalu mencanak.........






Inilah permulaannya, nampak macam senang sebab gayanya macam tanggakan tapi tahu tak korang, naik tangga tula yang lebih azab sebenarnya. Haa tak percaya? Cuba korang ulang-alik naik tangga, sempot tak?



Disebabkan aku penat sangat aku suruh dorang teruskan dan tinggalkan aku. Kononnya aku akan kejar dorang, boleh ke? Jadi aku rehat dulu buat sementara waktu. Fuhhh! memang penat. Kalau dorang suruh aku main badminton satu hari pun aku rasa aku tak penat macam ni. Yup, aku lebih suka bersukan. Hiking macam ni bukanlah kepakaran aku tapi tiap kali aku ada peluang aku suka cabar diri sendiri atpi ada sesuatu yang mengejutkan aku. Aku ingat kitaorang dah start mendaki tapi rupanya belum lagi. Bak kata orang, itu macam sesi panaskan badan je. Hampeh betul! Tipah tertipu!


Inilah perjalanan kitaorang yang betul2 baru bermula. Tengok betapa jauhnya! Tiba2 aku terserempak dengan kawan yang sama2 hiking Bukit Banang kat Batu Pahat dulu. Tak sangka, dia pun hiking kat sini dan part yang tak bestnya dia dah turun lepas tu sempat kondem aku. Aiyoo buat malu jela. Apa2 pun kitaorang teruskan perjalanan yang masih jauh lagi. Bila dah nampak trek yang betul, mula terngiang2 kawan aku tadi..

"trek yang ni lagi teruk dari Bukit Banang. Kalau ko rasa teruk ritu, kali ni lagi teruk",

Yup, dalam masa yang sama dia kondem aku. huh! Memang masa hiking kat Bukit Banang aku tak boleh nak go on sangat tapi last2 aku sampai puncak jugak dan aku harap kali ni aku akan sampai puncak jugak. Tak kira la betapa teruknya trek tersebut dan aku tak nak mengaku kalah.



Akhirnya!!! Aku tak sampai ke puncak jugak. Ye, aku tak sampai pun. Macam first tadi jugak, aku suruh dorang go on dulu dan tinggalkan aku dan ayat aku tetap sama.. "korang pergi la dulu, nanti aku kejar". Padahal tak pun, aku tak mampu dah. Housemate aku call dan cakap yang treknya memang susah dan betul2 canak. Kecut jugak perut aku masa tu sebab segala air tu semuanya ada kat haousemate. Kalau aku dilanda kehausan macam mana? Tak boleh jadi ni. Kebetulan housemate aku tu macam tau2 je aku tak boleh nak go on je terus dia suruh aku turun je dulu. Aku apa lagi, tersenyum lebar la..hahaha!! Ramai yang baru naik semuanya pandang. Comfirm dorang ingat aku dah sampai puncak padahal......

 


Waktu aku nak turun aku tak ambil pun jalan yang first aku guna tadi. Ala yang bertangga2 tadi tu. Jadi aku ambil la jangan yang senang macam kat gambar atas ni. Bila dah jalan sekerat baru aku teringat yang aku jalan sorang2. Okey, aku dah start kecut perut. Aku pegang kunci kereta kuat2 sebab itu je senjata yang ada masa tu. Hey aku masih ada dalam hutan okey dan apa2 pun boleh jadi. Aku jalan laju je dan mata aku tak senang dibuatnya. Merata aku tengok. Baru aku tahu, betapa takutnya aku..hehe..






Huuuu..serius takut tapi aku buat tak tahu je sampai la ada sorang mamat ikut jalan yang sama. Aku ingat nak kejar dia sebab yela kan, takut punya pasal tapi tak jadi. Nanti mamat tu fikir apa plak kan so aku jalan la macam biasa dan akhirnya aku sampai jugak kat tempat yang aku tuju iaitu dorm yang tidak berpenghuni. Sekali lagi aku gerun. Aiyooo macam scene dalam filem plak kan.





Sampai je kereta aku rasa macam dahaga lepas tu lapar sangat. Last2 aku beli jagung dan coconut shake. Fiuhhhh! Lega..





Kesimpulannya sekarang, aku tak sampai pun ke puncak. Rasa kecewa jugak la tapi apa nak buat kan, aku pun tak nak paksa diri aku sangat sebab aku tahu kat mana tahap kemampuan aku. Kalau pasal bersukan pastinya aku akan redah tak kira apa pun tapi kalau hiking ni kena jaga2 jugak la kan. Bukan senang. Apa2 pun aku enjoy sangat semalam. ^___^


p/s : Dalam duk penat2, sempat lagi keluar balik pergi Batu Pahat Mall tengok movie cerita Rock Oo..ceritanya? hm boleh la..





p/s : Mari kita kembara lagi DISINI
Post a Comment