Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Thursday, March 7, 2013

Perhatian!!

Views
  



Selamat pagi dan selamat menjamu sarapan yang menyelerakan..

Jangan terkejut ye. "Perhatian" tu bukan suruh korang tumpu dengan apa yang aku taip tapi aku telah diberi "perhatian" oleh pihak yang bertanggungjawab mengenai soal kehadiran aku. Bulan 3 ni adalah bulan terakhir aku dalam penilaian tapi terkejut beruk bila aku dapat surat cinta dari pejabat pendaftar mengatakan aku ada masalah dalam soal kehadiran aku. Yup, kehadiran tu satu kelemahan buat aku. Bukan aku tak boleh nak datang awal tapi sikap aku yang sambil lewa tu kadang2 memakan diri sendiri jugak. Rumah aku pun bukan jauh sangat dari tempat kerja. Kalau tak nak naik motor pun, jalan kaki pun comfirm sampai tapi tula kan. Sikap sambil lewa tu menyusahkan aku. Mungkin dah jadi tabiat.

Disebabkan itu aku jadi serba salah dan mula tak yakin. Aku tahu betapa susah sangat aku nak dapat kerja ni. Bertahun2 aku usaha tapi sikap aku ni mungkin dipandang, "eh kau ni macam tak bersyukur plak. Kalau dah dapat tu kau kenalah hargai". Itu mungkin ayat sumbang yang aku akan dengar dan yang pastinya aku tak akan marah. Aku akan mengangguk laju serta mengiyakannya. Ya, salah aku kerna tidak terlalu pandang sesuatu dengan serius padahal inilah yang aku inginkan sejak dulu. *mengeluh*

Dan disebabkan ini, salah seorang rakan opis aku sedar tentang kelainan aku. Mungkin aku banyak berfikir dan mampu berdiam diri buat sementara waktu. Aku terharu bila dia cakap, "kalau ada masalah share la, jangan la diam macam tu". Satu opis tahu aku keseorangan di bumi johor ni tapi aku tak mampu luahkan segalanya. Tempat baru membuatkan aku lemah dalam mencari kawan. Ketiadaan keluarga di sisi membuatkan aku cuba berlagak tabah padahal tak pun. Sekadar berpura2 dan ianya hampir2 membuatkan aku semakin lemah. Tiba2 terdetik di hati aku, rindunya pada zaman sekolah, kolej dan kerja sebelum ini. Aku dikelilingi kawan yang entah ikhlas ataupun tidak. Menangis dan ketawa bersama. Sekarang baru aku nampak dunia sebenar tanpa kawan.

"Aik takde kawan? Kau kan popular, mana kawan kau yang ramai2 dulu?". Kata2 sinis kawan2 aku yang lain tak mampu aku tepis. Dapat aku rasakan zaman kejatuhan mula melanda. Zaman yang dimana aku tak akan dipandang dan tidak di ingini untuk di dampingi oleh sesiapa pun. Itu yang aku rasa sekarang ni. Sedih? Mungkin sedikit. Haishh! Aku dah lari topik kan? hehe...

Apa2 pun aku harap aku akan baik2 je di sini walaupun keseorangan. Allah kan ada..^_^

Post a Comment