Allah berfirman: “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi
mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita
(menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik
dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)
Sentiasa
melihatkan diri kita dalam keadaan serba kekurangan. Itu akan membuatkan kita
sentiasa mahu memperbaiki diri tidak kira masa dan tempat. Janganlah disebabkan
kita tahu serba-serbi tentang agama membuatkan kita lupa dan mula meninggi
diri. Tegurlah mereka dengan baik dan janganlah mengatakan sesuatu ataupun
menghina tanpa pengetahuan mereka. Pastinya kepuasan kata-kata itu akan hilang
dan dosa tetap akan kekal walaupun ianya adalah benar sekalipun. Ramai sudah
sedia maklum tentang hal ini tapi masih lagi melakukannya. Kita manusia kan? Manusia itu mudah
lupa dan juga mudah terpedaya.
Salam
Jumaat Semua..^_^
1 comment:
Aida selalu pegang pada ayat AlQuran nie.. tak baik hina2 dan merendah2kan orang.. sebab setiap manusia yang Allah jadikan punyai kelebihan tersendiri :) suka entry nie..
Post a Comment