Hari ni baru la aku boleh duduk dengan tenang kat meja aku ni. Minggu lepas memang aku full sangat sampai tak sempat nak update blog. Jadi aku simpan dan kumpul segala cerita dalam masa seminggu untuk dipenuhkan dalam satu tajuk je. Cewahh! Macam la banyak sangat aktiviti yang aku buat..kuikuikui..
Padg 18hb, malam tu kitaorang dah start perlawanan badminton untuk karnival sukan bagi tahun ni. Yang bertuahnya, kitaorang menang tanpa bertanding sebab pihak lawan tak datang. Sangat bertuah!
20 & 21hb plak aku ada kursus iso dan 5s. Hari kedua kursus, aku mengantuk giler sebab 20hb malam tu ada game badminton lagi dan kali ni kitaorang kalah. Terernya diaorang, haish! Game terakhir kitaorang pada 22hb dan buat kali terakhirnya, kitaorang kalah jugak. Masa tu terasa sangat aku nervous yang "melampau" sampaikan nak pegang raket pun tak terasa. Apa2 pun mungkin bukan rezeki dan InsyaAllah, cuba tahun depan plak..hehe..
25 & 26hb plak aku ada kursus lagi iaitu integriti dan akauntabiliti..yang..sangat membosankan. Mata betul2 tak boleh tahan. Banyak jugak info yang aku dapat, lebih2 lagi masa waktu sprm. Memang terbaik!
Ini jela aktiviti yang aku buat. Takde la busy teruk sangat, saja over..hehe
p/s : sebelum terlupa, hari jumaat hari tu aku sempat dengar ceramah seorang mantan mufti kanada. Rasa bertuah sangat!
2 comments:
Wah berkursus saja lah nie eh? :) banyak ilmu dapat nie.. hehe. apa tajuk ceramah mantan kanada tu? dia sampaikan dalam BI eh?
yup,semestinya banyak ilmu..hehe..tajuk ceramah tu,Madrasah Rasulullah SAW- Model Pembangunan Insan Unggul. mantan tu nama Sheikh As-Syarif Al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. x,dia sampaikan dalam bahasa arab. yang lawaknya,ada penterjemah pun dia tak berapa faham..hehe
Post a Comment