Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, October 17, 2012

Dah sebulan!!

Views
  
 
Selamat Malam Semua!!
 
Alhamdulillah, syukur kerana kita masih lagi bernafas ni muka bumi Allah ini lagi.
 
Hari ni dah 17hb dan tepat kul12 malam tepat nanti, genap la sebulan aku berkhidmat kat UTHM ni. Hah!? baru sebulan! Biar betik! Iya..(sambil mengangguk dengan confidentnya)..Masih ada 5bulan lagi dan aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Aku harap biarlah kerja ni yang terakhir untuk aku sebab aku pun dah tak larat nak cari kerja lain. Bukannya nak putus asa tapi yelakan, kadang2 kita akan rasa letih jugak so berharap la jugak kan. Tak kisah la kalau tempat tu banyak problem pun, aku dah tak kisah sebab aku pun tahu, mana ada tempat yang takde masalah. Semua tempat ada masalah cuma yang membezakannya adalah berapa banyak masalah yang timbul. Kisah tu aku abaikan sebab lebih baik aku fokus kat kerja. Kalau ada siapa2 nak cari pasal, ikut korang la. Aku, tak nak masuk campur sikit pun..Cewahhhhh..cakap boleh la kan..huhu!
Meh aku cerita sikit la aktiviti aku dalam masa sebulan ni kan. Hm nak kata banyak sangat tu, tak la sangat tapi boleh la daripada takde aktiviti langsung kan..hehe..Ok, aku start dengan sukan favourite aku..Haa apa lagi kalau bukan badminton kan. Kempunan aku nak lawan dengan Cik Tim (bos lama aku). Dengar cerita dia terer main tapi aku tengok maca biasa je dia main. Takpe2, ada masa kita lawan..haha! Bajet terer..Aku masuk2 je kerja terus dorang ajak aku main badminton so memang aku langkah kanan la ni kan. Aku takde la terer sangat tapi kalau nak main saje2 tu boleh la. Kebetulan plak geng dengan kak Jihan, memang rasa macam ngam plak kan. Tiba2 plak boleh menang..haha! memang rezeki...^_^
 
 
Lepas tu tolong Cik Zura pasal cenderahati untuk sesi literacy day. Mentor Imam Muda ada datang bagi ceramah. Best sangat dan memang senang la nak faham dengan apa yang dia cuba terangkan tu. Dia ada cakap la pasal buku2 yang terbaik, mana la nak tau kot2 berminat. Tiba2 aku teringat yang aku dah lama tak mengarang. Ada je cerita yang tergantung dan masih takde sambungan lagi, Hm rasa macam merajuk kejap dengan dunia penulisan ni. Ok, sambung lagi...
Apa lagi ye? Aku pun macam ingat2 lupa je..hehe..Aku rasa yang tu jela aktivitinya pun. Last aktiviti aku, haa pergi bengkel kat Endau Beach Resort. Konon macam bengkel la tapi bukan bengkel pun. Bengkel untuk melepaskan ke'tension'an..hehe..Ok la tu, aku merasa jugak la aktiviti luar dengan bebudak opis..
 
Memang best sangat bengkel ni dan benda tu mengingatkan aku tentang team builing masa kat mpob dulu. Wahhh rindunya aku. Takpe la, semua yang terjadi pastinya ada hikmah dan aku terima semua kemungkinan yang ada. Allah itu sentiasa menguji hambanya dan aku redha. Dari situ la kita akan tahu tahap keimanan kita kat mana. Waktu kerja dulu aku tak tahu sikap aku macam mana tapi bila aku dah kerja kat sini, aku dah mula tahu tahap aku takat mana. Bak kata orang pengalaman tu penting dan pengalaman tula yang mengajar aku untuk hidup kat negeri orang. Alhamdulillah, ianya amat berguna..
 
p/s : Doakan yang terbaik untuk aku..^_^ (sorry tak dapat nak letak pic, internet tengah lembab..huhu!)

No comments: