Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, October 24, 2012

Bila orang lain sanggup, kita?

Views
  


Selamat Malam Semua!!

Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di muka bumi Allah yang indah ini.

Aku rasa tak perlu la aku nak jelaskan pasal tajuk entry aku kali ni sebab aku rasa korang pun dah sedia maklum dengan berita ni. Haa siapa la tak tahu tentang seorang lelaki yang sanggup berjalan kaki untuk menunaikan Haji. Kita mampu ke nak buat macam tu? Huish sangat kagum bila aku baca kisah dia menyeberang setiap negera untuk menuju ke Makkah. Lebih2 lagi dia ada melalui Syria yang masih lagi bergolak. Itulah yang dinamakan kuasa Allah yang sentiasa melindungi hambanya yang benar2 ikhlas untuk melakukan perintah-Nya.
 
Moga kita juga ada keberanian sepertinya untuk melakukan sesuatu untuk agama tak kira la ianya susah ataupun senang. Zaman sekarang ni ramai orang yang mudah memandang rendah pada sesuatu yang remeh padahal balasan yang kita dapat berlipat ganda dari jangkaan kita. Banyak benda aku dah tengok, dari utara sampailah selatan. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman agar aku dapat muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

Aku sekarang ni dah malas nak tengok berita. Ceramah pun aku tengok mana yang sesuai. Bukan tak nak dengar ke apa tapi zaman sekarang ni ceramah pun dorang selitkan politik. Kalau rasa nak politik, masuk je untuk mengundi habis cerita. Kan lebih elok kita selitkan dengan kisah nabi dari kita selitkan hal2 politik, betul tak? Hm yela, semua ada pandangan sendiri kan.

Apa2 pun aku harap sangat semua orang melayu yang beragama islam bersatu padu dari menyalahkan orang lain. Aku dah lari topik ke? huhu!

p/s : seorang yang sangat pandai dalam selok belok agama dan seorang yang sangat beradap tiba2 memaki hamun dalam blog..hurm? fikir2kan dan selamat beramal..


Post a Comment