Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, May 27, 2011

oh komuniti iluvislam

Views
Pada suatu hari..hehe..aku telah menjumpai 1forum yg amat menarik perhatian aku n itulah kali pertama aku tgk forum yg mcm tue..mempunyai broadband memberi kelebihan pada aku apabila aku blh tgk forum ni dari jauh je dan akhirnya pada 16 dec 2010 telah membuatkn aku utk join forum nie..di situ la titik tolak permulaan aku sebagai penulis cerpen kt dlm forum tue..bakat menulis yang terpendam semenjak sekolah (walaupun bm aku fail..ttteeetttt!!),Komuniti ILuvIslam (KILI) nilah yg telah memberi peluang kat aku utk tunjkkan bakat aku nie..*senyum lebor*...

Semenjak tu aku semangat utk menulis dan sentiasa perah otak aku ni utk cri idea2 yg bru (bukan senang ok)..tiap komen yg diberikan oleh pembaca telah membantu menyemarakkan semangat aku untuk trs menulis,menulis,menulis dan menulis..

Dan kerana KILI jga lah aku dapat jumpe 'geng' aku yg membuatkan hidup aku ceria-secerianya...muahahahahaha (des kata ni cra gelak jahat..huhu)..rsa srnk sgt knl korg..nur,k.zu,des (bru aku prasan,aku xadd des pn dlm KILI tue),nuar,kugar,nas,exora,ecah,fiqah,naim (otomen mata kuning) dan sape lg ekk...erm dan ramai lg...(mcm rmai je kn nk sebut)...pape pn aku xakn lupe kenangan kita walaupun aku join KILI tu juz 5bulan jerk...terutama sekali kenangan kita time tiap post yg kita lakukan pasti mendpt perhatian n 'dtego' ngn mod..hahahaha..xleh bla time tue (jd popular kjp)..

tup tup tup..kitaorang dapat kejutan (bukan dpt hadiah ok)..kitaorg mendapat khabar berita mengatakan bahawa KILI akan ditutup pada 29 mei 2011 ini. satu kejutan lektrik utk kitaorg (members KILI) sbb laman tu akan ditutup tapi xsepenuhnya la juz laman itu akan dijadikan laman utk soal jawab je...so tiada post n tiada komen. bagi aku,berita tu amatlah menyedihkan kerana t'paksa tinggalkan forum tue..hukhukhuk!!! mungkin nnt aku juz tgk2 mcm tu jela..mgkn xsekerap dl..

pape pn selamat tinggal KILI..kenangku dalam doa mu..peace..!!!

Thursday, May 26, 2011

yeaa..!!!

Views

syukur Alhamdulillah..tanggal 21hb Mei 2011,pukul 7.20 pagi...telah lahir seorang bayi lelaki yang diberi nama Miqael Azeem b. Abdul Karim...ini bermakna makin meriahlah keluarga kecil ku ini...walaupun dia dilahirkan secara pembedahan,Alhamdulillah...kakak aku dan bayinya telah selamat pulang ke rumah pada hari ini..yeaaa!!! seronok yg tak terhingga dibuatnya..hehe..pape pn,untuk buah hati acu yang lg dua tue iaitu Athirah Batrisyia dan Mohd Uzair,korg tetap acu sayang tau..ehehe..doa aku utk maqael azeem,harap bila besar nanti jadilah manusia yang berguna dan umat islam yang sentiasa berpegang teguh pada ajaran islam yer..aminnnn...

Saturday, May 21, 2011

kagum dengan rakyat kelantan

Views
----- kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.




Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:18
 

Tuesday, May 17, 2011

motor @ kereta..mn pilihan anda..??

Views
entry kali ni aku nak buat special skit,istimewa khas untuk motor kesayangan aku..huhu..(motif)..berpandukan tajuk entry aku kali ini,mana satu pilihan korang..erm bagi aku,aku masih lagi suka naik motor berbanding kereta tapi ingat,masing2 ada kelebihan dan kekurangannya..meh aku cerita skit melalui pengalaman aku..huhu



 inilah bentuk dan rupa motorsikal kesayangan aku tapi korang jangan tertipu ok,itu bukanlah no plat aku ekk..ianya hanya sekadar gambar hiasan saja..huhu..buat masa sekarang,nila harta aku yang paling bernilai sekali..so apa kelebihan bila ada motor nie..?? 

first skali,aku kalau naik motor suka main cilok2..haa yang tu paling penting,sape ada motor mst paham perasaan aku kan..naik motor ni membuatkan aku slalu je enjoy n xwt aku ngntok pn sbb kna angin kuat (bila bwk laju) n kena hati2..biasa la kn,bila dh dpt pegang handle motor ni boleh lupa diri dibuatnya..huhu..dan jimat minyak serta cepat sampai ke tempat yg dituju wlaupun jalan jem...

kelemahan dia plak..erm korang pun tahu kn motor bukannye ada bumbung so itulah faktor yang paling penting dalam kelemahan motor nie..xbez la asyik kena ujan dan panas..(erm hitam aku)...dan lagi satu,motor ni susah nk bwk jalan jauh..kalau motor b'kuasa tinggi takpe la gak tapi kalau setakat skuter nk jalan jauh...rasanya separuh jalan jela,separuh lagi jalan kaki..huhu..tapi ingat,kalau bawa motor kena la hati2 ekk sbb jumlah kematian yang melibatkan pembonceng motorsikal amatlah tinggi...



ok kalau kereta plak,memang banyak kelebihan dari kelemahan tapi aku nak story kelemahan dulu la yer...aku paling tak suka kalau naik kereta time jem,fiuhhh jenuh kena main clas (mcm mn eja ekkk)..itu kalau manual,kalau auto best la..jem ke tak,no hal..tak sakit kaki pun..huhu..erm kalau cerita pasal kereta pastinya minyak kereta kena lebih skit la dari motor (eh tak sikit kot,byk..)

aku malas nak cerita kelebihan kereta ni sbb korang sendiri pun mesti tahu kan apa kelebihan kereta nie..hehe..so dipendekkan cerita,gambar kereta tu bukan kereta aku ok..hanya gambar hiasan semata-mata..huhu


so kesimpulannya di sini,aku nak bagitahu...inilah motor impian aku iaitu motor berkuasa tinggi (gambar tue just contoh jerk)..walaupun sukar untuk aku dapatkan (bukan sukar,memang tak akan dapat)..InsyaAllah,aku cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impian ini..huhu




tak kisah la motor@kereta korang besar,kecik,murah,mahal,cantik or huduh..pape pun,pandu cermat jiwa selamat...sayangilah orang yang tersayang..huhu..peace..!!!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu..!!!

Views
Utk permulaan entry aku kali ni,nak jga bercerita psl ummi aku..hehe..nama dia, Siti Hawa bt Mohd Yatim..dalam banyak2 family aku,dialah satu2nya permata hati aku.rasa tak sanggup berpisah atau kehilangan dia..tp semuanya ketentuan Allah,aku xleh nk tolak sebarang kemungkinan pd masa akan datang tapi buat msa skrg..aku byk menumpukan perhatian kpd dia,erm rsa mcm xadil plak kt ayah aku..huhu..

gambar ni waktu aku hantar dia untuk menunaikan haji mengiringi opah sedara aku.apa yg aku buat time aku melepaskan dia pergi..?? sah2 la aku nangis..hahaha..seyes,mmg aku xleh nk tahan.ssh sbnrnye nak lpskn dia pergi tapi bila pkr positif "lepaskanlah untuk dia beribadat dan menemui Maha Pencipta" jadi dengan rela hati,aku lepaskan dia pergi..

utk pengetahuan,itulah kali pertama aku berjauhan dgn dia untuk tempoh yg lama..mmg skrg ni aku dudk berjauhan tapi ala jauh mana sgt la perak n KL kn..2,3 jam..dh smpai..mksud aku,dia di bumi Mekah dan aku pula di bumi Malaysia..lama jgk dia pergi,dlm sebln lebh..itu pn aku risau sgt.asyik telefon je pastu mula risau bila dgr suara dia yg serak tue..dia kata cuaca mmg tak menentu kt sna..aku mampu b'doa jela saat tue..Alhamdulillah,ummi aku telah selamat menyempurnakan ibadah haji tue..t'senyum lebar bila aku nampk dia sewktu aku jemput dia kt KLIA..


haram ke sambut hari ibu nie..??

itu persoalan yg bermain di fikiran saat aku membaca satu artikel di salah satu laman web nie..hurm haram ke kita sambut hari ibu ni seperti mana diharamkan menyambut hari valentine day dan april fool..?? utk hari ibu nie aku xthu sejarahnya apa tapi ada sesetgh org b'cerita,org kafir menyambut hari ibu ini utk mengingati dewa mereka (ala kan ada patung perempuan mendukung seorang bayi tue)..

mungkin betul kalau mereka mengatakan bahawa "org islam ni suka mengikut budaya barat"..yg tue aku xnk komen sbb semua org ada pandangan masing2..pd pandangan aku pula,xsalah nak sambut hari ibu tapi jangan la over sgt smpai langgar larangan Allah,itu yg penting..macam valentine day,nak smbut boleh tapi jgn jadikan hari itu utk membuatkan maksiat dan "menghalalkan" hubungan bkn muhrim..


ada juga yang mengatakan kita xsepatutnya menyayangi ibu pd hari2 yang tertentu saja,benda tue perlulah dilakukan xkira masa dan waktu..ya,yg tue aku setuju sgt..tapi kenalah ingt,zaman skrg ni xsemua org dudk sebumbung ngn ibu bapa masing2 so mgkin sukar utk mereka meluangkan masa yg ada ngn ibu bapa jd mereka gnakanlah hari t'sebut utk meraikannya..

Jadi kesimpulannya, adakah aku mengiyakan sambutan hari ibu nie..?? ermm ntah la,aku pun dh confius sbnrnya..hehe..nk kata boleh pun slh dan nk kata tak boleh pun slh..kna tanya org yg lebh pakar dlm hal nie..pape pun,aku tetap syg ummi aku dunia akhirat..peace..!!!

Wednesday, May 4, 2011

osama meninggal..??

Views
GAMBAR disiarkan televisyen Pakistan menunjukkan wajah Osama Bin Laden
yang didakwa Amerika Syarikat berjaya dibunuh (kiri) berbanding
gambar fail pemimpin Al-Qaeda itu. Bagaimanapun kesahihan gambar
berkenaan masih dipertikaikan agensi berita antarabangsa
berikutan gambar berkenaan berkedudukan sama. - Foto AFP
 
 

aku rsa di ingatan kita masih lagi terpahat peristiwa 11sept yang telah lama berlalu dan juga telah memperkenalkan Osama Bin Laden di mata dunia tapi peristiwa tue nampaknya masih lagi tiada berpenghujung.inilah kali pertama aku m'bincgkn soal politik dlm entry aku kali ni..huhu..agak gemuruh sbnrnye,tkt disalahertikan..
 
Berita tentg kematian Osama Bin Laden telah tersebar luas ke seluruh dunia. ada yang terkejut dan ada jugak yang 'meraikan' perkara itu. kononnye mereka (org amerika) telah berjaya menumpaskan ketua kumpulan Al-Qaeda itu. hurm leh caya ke??
Bagi aku sush gk la nak percaya tp itu tak bermakna aku menyebelahi dia.yela,aku agak was2 dengan perjuangan dia selama nie..benar @ tidak..?? aku ingtkan bila tertumpasnya osama ni akan meleraikan semua spekulasi yang ada tapi nampaknya macam menambahkan spekulasi je kn..hehe
 
aku agak terasa bila baca tentg "kubur" yang menempatkan jenazah osama.perlu ke dilakukan di laut..?? aku agak musykil dengan apa yg jadi.sepatutnya mereka menghormati agama lain dan tindakan mereka tue macam nak menghina agama islam (itu pendapat aku je k)..
aku pun tak berani nak ckp lebh2,tkt t'jerat diri sendiri plak kan..hehe..pape pn,klu osama benar2 telah meninggal dunia..aku harap perjuangannya ke arah menegakkan kebenaran dan agama islam,klu tak..erm Wallahhualam..moga rohnya dirahmati Allah..Al-Fatihah,amin..
 
 

Sunday, May 1, 2011

puisi utk ku

Views

pabila aku susah,
tiada siapa yang ingin membantu..
pabila aku jatuh,
tiada siapa mahu hulurkan tangan..
pabila aku lapar,
tiada siapa ingin memberi ku makan..
pabila kesunyian,
tiada siapa yang ingin menemani ku..
pabila aku ingin menangis,
tiada siapa hulurkan bahu untuk ku bersandar..
pabila aku mempunyai masalah,
tiada tempat untuk aku mengadu..
pabila aku perlukan bantuan,
tiada siapa yang memandang..

tapi,
pabila aku senang,
dalam sekelip mata,semuanya ada di sekeliling ku..