Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Saturday, May 21, 2011

kagum dengan rakyat kelantan

Views
----- kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain.




Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)


"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).


"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:18
 
Post a Comment