Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Friday, August 19, 2011

tiap yang hidup pasti akan mati

Views




Di kesempatan entry untuk kali ini, ingin aku ucapkan takziah untuk En. Arif sekeluarga selepas kehilangan anak lelakinya pada pagi tadi...Innalillah...



"Kebetulan

Ini ada kisah kebetulan yang ingin aku ceritakan, tanda atau petunjuk aku pun tak tahu. Malam tadi waktu aku nak tidur memang payah sangat sampaikan ada sekali aku nak terlelap, dengan rasa terkejut aku terjaga dalam keadaan yang menggeletar. Aku sendiri tak tahu punca sebenar aku berkelakuan seperti itu.Peluh mula keluar, degupan jantung ku pantas. Tidak keruan aku malam tadi. Akhirnya aku terlelap.....

Selepas kaki kanan ku menjejak opis pagi tadi, suasana agak kelam-kabut. Aku jadi hairan lalu bertanya tapi takde seorang pun yang menjawab. Jadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat sementara waktu. sambil2 tu aku buka PC dan start buka emel. Selepas itu barulah dorang sedar kehadiran aku. Ya, aku agak terkejut dengan berita kematian anak En. Arif. Akhirnya berangkatlah aku dengan teman sekerja untuk melawat keluarga En. Arif. Dari sudut wajahnya, dia amat tenang sekali. Aku tahu En. Arif tabah orangnya. Masih lagi mampu menguntumkan senyuman. En. Arif sudah bersedia......"

Dua minggu sebelum itu, En. Arif telah kehilangan emak mertuanya iaitu ibu kepada isterinya. Dia tersepit antara anak dan ibu. Akhirnya terpaksa melupakan hasrat untuk melawat ibu mertua dan terus setia menanti di sisi anaknya. Berat dugaannya kali ini.......

Saat aku menjejakkan kaki ke rumah En. Arif dapat aku rasakan kesedihan di segenap rumahnya. Kita juga sedia maklum dan ianya amat menyedarkan aku bahawa kematian itu amat hampir dengan kita. Sejauh mana kita lari pasti akan bertembung dengan kematian. Takziah sekali lagi buat En. Arif sekeluarga, moga tabah dalam menjalanni bulan Ramadhan dan Syawal tanpanya disisi keluarga...



Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

No comments: