Arini dengan takde rasa apa pun, aku melayan FB seperti biasa tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku bila Hamka (Kereta Mayat) telah mengepos satu tajuk yang amat menarik bagi aku..cerita pasal apa ye? Moh teman tunjukkan yer..
kenapa hati gelisah ....itulah tajuk yang Hamka berikan membuatkan aku tertanya2 dan terus mengklik link tersebut dan membacanya dari mula sampai la abeh...pabila pembacaan aku telah tamat, aku hanya mengiyakan apa yang cuba diceritakan oleh Incik Hamka tersebut. aku juga tidak menafikan bahawa aku juga pernah berkeadaan begitu...
entah kenapa hati aku membuatkan aku membaca entry kali itu untuk beberapa kali. Ya, aku masih lagi teringat peristiwa yang menimpa aku setahun sebelum ini. mungkin itu juga menandakan Allah s.w.t. ingin menambah hidayah ke dalam hati aku ini tapi tak la sampai mimpi2 kan....ianya nampak seperti perkara biasa tapi benar2 menakutkan aku. benar!, aku dapat rasakan kematian aku sudah semakin hampir membuatkan aku semakin takut untuk menutup mata walaupun sesaat! peluh mulai keluar menyebabkan aku langsung tidak keruan untuk tidur. setiap bunyi yang menyapa telinga ku membuat aku sentiasa berjaga2 sampaikan aku rasa bangunan rumah ku ini akan runtuh dalam beberapa saat saja lagi. aku asyik gelisah dan tidak tahu apa puncanya. tidak boleh fokus pada kerja dan asyik "takde mood" je. Ya, ianya masih berlarutan sehingga hari ini. adakah kerna aku tidak menggunakan hidayah yang Allah s.w.t. berikan dengan sebaik mungkin? dalam keadaan berjaga pun nyawa kita boleh ditarik, inikan pula pabila kita sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Ah! takutnya aku.
Ya, mungkin benar aku tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin. aku kan baru belajar, kena la buat slow2..(Ah! alasan) aku tidak boleh lagi menggunakan alasan mudah sebegitu sebab aku sudah dilahirkan di dalam dunia islam. perlukah aku "belajar slow2 lagi"? .....aku sepatutnya lebih pakar dalam selok-belok agama ku sendiri. rasanya malu memandang cermin untuk melihat diri sendiri yang begitu cetek pengetahuan dan langsung tidak dapat menahan nafsu jahanam!! (hantuk kepala kt labtop)
aku bersyukur jika Allah s.w.t. telah berusaha memberi peluang kepada aku dan pastinya aku tidak akan sesekali melepaskan peluang tersebut. Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk-MU...
No comments:
Post a Comment