Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, August 20, 2011

korean - part 1

Views
Entry aku kali ni lain skit..hehe..kadang2 kita pun kena la ubah angin skit kan..huhu! kita pun dah sedia maklum bahawa negara kita ni dah dilanda muzik k-pop so ramai la mula ikut geng2 ni...tak salah tapi jangan over sangat okeh! aku pun nak cerita skit la macam mana aku boleh berjinak-jinak dengan muzik k-pop ni..Moh, aku ceritakan!




Ianya bermula di sini........

Pada tahun.....ermmm aku pun tak berapa nak ingat tapi korang mesti ingat cerita "Winter Sonata" kn kn...haa situlah minat aku timbul tapi time tu takde la over sangat sebab aku takde kemudahan komputer dan pasal download2 ni bukan kepakaran aku lagi..hehehe...

 
Nak dijadikan cerita la kan, selepas tengok cerita Full House barulah aku berpeluang download2 neh....sebab aku tahu hero yang hidung mancung dan tinggi lampai itu adalah seorang penyanyi....tengok dia dance pun dah cukup memukau aku...huhu!! tapi lepas tue aku senyap balik.....minat hilang buat sementara waktu...




lepas tu barulah aku dikejutkan dengan kehadiran wonder gilrs ni..time tue aku tengok persembahan dorang kat acara anugerah apa ntah, dorang dressing pakai baju warna hijau. comel sangat!! sampaikan aku nak cari lagu ni pun aku tak tahu sebab kepakaran aku masih belum muncul lagi walaupun aku dah ada labtop dan internet...hehe...tak salah aku group ni ada masa aku kat kolej lagi..itulah first time aku dengar lagu...nobody....huhu!



 
Boys over flowers....cerita ni la yang mengeluarkan bibit cinta ku terhadap muzik k-pop neh..hehe..sebenarnya aku minat salah seorang pelakon dalam cerita ni iaitu kim hyun jung...haa kalau nak tau yang mana, yang rambut perang tu...kalau tak nampak muka, korang google jela erk...lagi sorang yang aku suka ialah kibum....yang belah kanan sekali...uihsss comel sehhh!!





disebabkan aku suka si kim hyun jung ni, aku pun search pasal mamat sorang neh..rupa2nye dia penyanyi dan ada group iaitu SS501...haa yang tengah tula kim hyun jung...bila aku dah kenal group ni, aku dah tak pandang group lain dah...so apa yang berkenaan dengan group ni aku cari dan download..time tue kepakaran aku dah muncul..hahahaha..tapi yang lebih tepat lagi, aku minat pulak dengan salah seorang ahli kumpulan ni iaitu kim hyung jun.....confius?? memang nama dorang hampir sama jadi dorang membezakan nama tu dengan menggunakan nama ini...kim hyun jung (leader) dan kim hyung jun (baby)....hahaha..comel tak...kalau korang nak tahu kim hyung jun ni gambar dia yang hujung belah kanan..comel kan, memang patut orang panggil dia baby....hahahaha



untuk korean - part1 ni,cukup lah aku bercerita pendek ni jela erk...nanti panjang2 sangat korang borink plak kan..hehe....group apa plak yang jadi kegemaran aku lepas SS501 ni...tunggu kehadiran korean - part 2 plak erk..hehe...Peace!!

No comments: