Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Thursday, August 18, 2011

Ramadhan sebelum menjelang Syawal

Views
dah beli baju raya, warna apa, corak apa?
dah buat kuih ke kuih tunjuk je?
dah beli langsir baru?

tula soalan yang sering diajukan bila Ramadhan sudah mula tiba dipenghujungnya..pejam celik pejam celik Syawal muncul kembali. di kesempatan ini aku bersyukur kerana masih lagi dapat melaksanakan ibadat puasa di hari ke-18 ini. lebih bermakna apabila kita meraikan Syawal tahun ini dengan hari kemerdekaan. terbayang-bayang jalan cerita bukit kepong hasil pengarah hebat kita, Datuk yusuf haslam..betapa terkesannya cerita tu sampaikan ianya menjadi salah satu cerita kegemaran aku. itulah pahlawan kita yang sedaya upaya menyelamatkan negara..bukan diri sendiri je yang terkorban, bahkan anak dan isteri juga turut terkorban ketika sama-sama berjuang menentang komunis.

tidak lupa juga kepada pejuang islam, para sahabat dan juga Nabi kesayangan kita yang juga berjuang demi islam. terngiang di telinga ku cerita tentang kehebatan pahlawan kita dan tak salah aku, Nabi juga berperang di dalam bulan puasa..hebat!!

mampukah kita melakukan apa yang telah mereka lakukan? berpuasa yang senang macam ni pun ada je yang tak boleh nak sempurnakan....ada yang ponteng la, ada yang itu la, ada yang ini la....inikan pula nak berpuasa sambil berperang...hurm.....

aku pun tak nak cakap lebih2 kerana aku juga manusia yang serba kekurangan. menegur tak bermakna akulah yang hebat, akulah yang alim....tapi kerna tanggungjawab untuk mengingatkan saudara sesama islam dan juga diri sendiri....moga2 Ramadhan ini dapat kita sempurnakan dengan penuh rasa ikhlas dan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana masih lagi bernafas di bumi-Nya ini...Alhamdulillah,aminnn....

No comments: