Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, August 27, 2011

Raya Oh Raya

Views
Lagi 2ari lagi je kita umat islam akan menyambut hari yang boleh dikatakan sebagai kejayaan kita setelah berpuasa selama sebulan. Syukur ke hadrat ilahi kerna aku dapat menyempurnakan ibadat puasa dengan sempurna moga ianya benar-benar membawa aku ke jalan yang lebih baik lagi, InsyaAllah....Persiapan raya yang agak sederhana telah pun aku lengkapi, hanya perlu siapkan beberapa kuih untuk dijadikan juadah tetamu. dah 2ari juga aku bertungkus-lumus membantu ummi kat dapur dan mengadap oven...hehehe....

Sambutan kali ini bagi aku agak menyeronokkanlah memandangkan aku sudah setahun bertapak di mpob dan juga telah mengecapi beberapa kejayaan untuk menaikkan taraf hidup aku ni, Alhamdulillah......Dengan kehadiran anak sedara aku iaitu Athirah, Uzair dan Azeem amat mengembirakan aku sekeluarga. riuh rendah jugak dibuatnya......

Moga kegembiraan yang aku kecapai tatkala ini berpanjangan hingga nafas ku yang terakhir...aminnn...Selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin dari saya, Azean Musfirah...=)

Cerpen : Ramadhan terakhir

Views
Aku menghalakan kereta ku ke arah lorong kecil menuju sebuah rumah yang telah lama aku tinggalkan. Saat kereta aku berhenti di halaman rumah, dapat ku lihat segalanya masih lagi sama. Perlahan-lahan aku keluar dari kereta dan melihat sekeliling. Halaman masih lagi bersih seperti dulu, pastinya emak yang membersihkannya. Itulah rutin emak, tidak jemu menyapu daun yang gugur dari pokok setiap hari. Aku terpandang basikal tua yang berada di bawah rumah. Masih lagi elok dan berkilat. Inilah basikal yang sering digunakan oleh ayah untuk ke kebun. Ah! Terlalu banyak kenangan untuk diceritakan tapi masihkah mereka menerima kehadiran aku kali ini. Terngiang di telingaku tiap patah yang diluahkan oleh sahabatku, Halim beberapa hari sebelum itu.

“kau balik la, dah banyak kali mak kau telefon. Tak elok kau buat macam tu, berdosa tau”, kata Halim membuatkan aku terfikir sejenak.

“tapi dorang yang halau aku, patut ke aku balik?” soal ku cuba menahan sebak, tidak mahu kenangan lalu menjelma kembali. Ianya terlalu menyakitkan hati.

“percayalah cakap aku, dorang takde niat langsung nak buat macam tu. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Kalaulah dorang dah tak sayangkan kau lagi, kenapa mak kau asyik telefon je”,


Bukkkk!! Dengan pantas aku berpaling. Benda apa yang jatuh tu, bisik ku di dalam hati. Cepat-cepat aku menghampiri kereta dan mencapai lampu suluh. Lampu jalan yang agak suram itu menyukarkan penglihatan ku bila malam menjelma. Aku halakan lampu ke arah sekeliling rumah dengan perasaan penuh debar. Mata ku meliar merata tempat dan akhirnya mata ku tertumpu pada satu benda. Langkah ku perlahan mendekati benda itu. Makin dekat dan makin jelas. Aku menghela nafas lega. Durian rupanya, bisik hati ku. Aku menghampiri kereta semula dan menutup enjin. Aku panjat anak tangga satu demi satu. Pelik, mata ku meliar melihat jam di tangan dalam kegelapan. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Awal lagi tak kan dah tidur, monolog ku sendirian apabila melihat tiada cahaya yang memenuhi ruang rumah. Pintu ku tolak perlahan dan melangkah masuk. Tiada sesiapa di rumah.

“mana mak dengan ayah ni? Dah la pintu tak berkunci”, kata ku keseorangan. Aku petik suis lampu, tiada cahaya yang terpancar. Tiada elektrik ke? Bisik hati ku lagi. Aku membuka jendela sedikit untuk melihat rumah jiran yang tidak berapa jauh dari situ. Ah! Ada cahaya lampu. Aku dapat rasakan kelainan yang mengusik hatiku tatkala itu. Aku memasang kembali lampu suluh dan menuju ke ruang bilik. Emak dan ayah tiada di bilik, maknanya mereka telah keluar. Lantas aku menuju ke ruang bilik ku. Masih seperti dulu, tiada apa yang berubah. Tiba-tiba hidung ku menangkap satu bau, bau yang menaikkan bulu roma ku. Debaran ku makin kuat, ku halakan lampu suluh ke seluruh ruang. Tiada apa-apa yang mencurigakan dan akhirnya aku buang perasaan itu jauh-jauh.

“bulan puasa mana ada hantu, kan semua syaitan kena ikat. Mak dengan ayah masih solat terawih kat surau kot”, kata ku sendirian. Cuba menyedapkan hati yang sedang dikuasai dengan perasaan takut. Akhirnya aku terlelap selepas agak lama menunggu kepulangan emak dan ayah.



Kringgggg!!!
Mata ku pantas terbuka luas apabila mendengar bunyi jam yang begitu kuat sekali. Dari celah-celah pintu bilik dapat ku lihat cahaya menerangi ruang rumah. Perlahan aku membuka pintu dan tatkala itu mata ku menangkap tubuh tegap ayah yang sedang menghisap rokok di jendela. Aku keluar tanpa menoleh ke arah ayah dan menuju ke bilik air. Aku membasuh muka dan dalam masa yang sama risau dengan reaksi emak dan ayah menerima kepulangan ku kali ini. Sudah berapa tahun aku tidak menjejakkan kaki ke rumah ini selepas aku dihalau oleh ayah gara-gara aku tidak mahu membantu ayah di kebun. Aku lebih rela kerja di bawah penghawa dingin dari kerja di bawah pancaran matahari.

“mari makan, waktu sahur dah nak habis ni”, terdengar suara emak yang agak sayu dari pendengaran ku. Adakah dia sedih? Fikir ku sendirian. Aku keluar dari bilik air. Dapat ku lihat, emak agak kurus dari sebelum ini. Bergenang air mataku saat itu melihat keadaan emak. Ku lencongkan langkah ke arah dapur. Tatkala tangan ingin mencapai pinggan, tiba-tiba emak bersuara….

“kenapa tak tutup pintu semalam?”

“tutup”, jawab ku teragak-agak. Semalam memang aku lupa untuk menutup pintu selepas masuk ke dalam bilik.

“angin la tu”, kata ayah. Mungkin cuba mempertahankan aku.



Pranggggg!! Pinggan jatuh, aku terkedu. Macam mana boleh jatuh ni, gerutu ku di dalam hati. Emak dan ayah memandang ke arah ku serentak. Muka emak kelihatan pucat sedikit, dia berpandangan dengan ayah kemudian berpaling ke arah ku kembali. Emak bingkas bangun dan mencapai penyodok sampah dan penyapu. Perlahan-lahan dia mengutip serpihan kaca yang telah pecah.
“hakim minta maaf mak, hakim tak sengaja”, kata ku tersekat-sekat. Emak hanya diam membisu. Aku menoleh ke arah ayah, dia juga tidak mempedulikan kata-kata ku. Ah! Beginikah penerimaan emak dan ayah terhadap kepulangan ku. Selera ku hilang serta-merta walaupun saat itu emak telah menyediakan lauk kegemaran ku. Pantas ku mengorak langkah menuju ke bilik semula. Kalau begini gayanya, esok aku akan bertolak kembali pulang ke kuala lumpur. Akhirnya aku putuskan keputusan hingga mata ku terlelap kembali.



Cahaya pagi menerjah ke ruang bilik membuatkan mata ku yang sedang terpejam terganggu dengan cahaya itu. Ku buka mata perlahan-lahan, dapat ku lihat emak sedang melipat kain dan memasukkannya ke dalam kotak.

“buat apa tu mak?” tanya ku, lupa tentang peristiwa pagi tadi.

“cukup tak banyak ni? nak bagi kat orang surau. Lagipun bukan ada yang boleh pakai dah”, jawab emak dengan suara yang agak perlahan. Aku bingkas bangun.

“erm mak bagi jela, semua baju tu hakim dah tak muat”, jawab ku. Tiba-tiba ayah muncul di muka pintu.

“cukup la tu, jangan la bagi semua. Simpan la sikit untuk kita”, kata ayah. Agak pelik dengan kata-kata ayah itu tapi aku tidak mahu bertanya. Emak mengangkat kotak lalu diletakkannya di muka pintu. Pantas aku melangkah menuju ke bilik air dan mandi. Setelah selesai emak sudah bersiap memakai baju kurung dan bertudung. Ayah pula masih lagi di sofa mengadap surat khabar. Tatkala itu emak bersuara…

“nak ikut tak?” aku menjenguk kepala ke luar bilik. Emak sedang mengangkat kotak menuruni tangga. Ayah masih lagi diam membisu. Aku memakai baju lalu keluar, begitu juga dengan ayah. Ayah mengambil kotak di tangan emak lalu berjalan mendahului kami. Perjalanan kami ke surau hanya ditemani dengan kebisuan. Tiada siapa pun yang bersuara. Sampai sahaja di surau, ayah memberikan kotak tersebut kepada ahli jawatan kuasa surau. Selepas bersembang untuk beberapa ketika, aku yang sedang menunggu di luar melihat kelibat emak dan ayah yang sudah mula melangkah untuk pulang.

“bang, kita singgah kejap”, pinta emak. Aku yang pelik dengan permintaan emak itu hanya membuntui langkah emak dan ayah menuju ke kawasan kubur.

“nak melawat kubur siapa ni?” tanya ku tapi masih tiada jawapan. Langkah aku terhenti, debaran muncul dengan tiba-tiba. Melihat saja emak menangis sambil memegang kayu yang dibaluti dengan kain putih membuatkan aku bertambah berdebar. Aku melangkah dengan penuh hati-hati mendekati kubur yang aku sendiri tidak tahu siapa penghuninya.

“sabarlah, tak elok menangis macam tu”, pujuk ayah apabila melihat emak tidak henti-henti menangis.

“tapi dia satu-satunya anak kita bang, saya dah takde siapa dah kat dunia ni”, aku tergamam. Peluh mula membasahi diri. Menggeletar seluruh tubuh ku apabila mendengar kata-kata emak itu.

“apa yang emak merepek ni, anak mak ada kat depan mak ni la. Apa ni ayah?” segala persoalan mula menghimpit di ruangan kotak fikiran ku. Emak masih lagi menangis dan ayah masih lagi memujuk. Apa dah jadi ni? Jerit hati ku….
Tidakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!




*****
Ttuuttt!! Tttuuuttt!!
Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan aku dari lamunan. Pantas aku mencapainya dan melihat nama Halim tertera di skrin telefon. Senyuman ku terukir.

“kau kat mana ni”, soal Halim, mungkin dia baru sedar ketiadaan ku di rumah.

“aku tengah drive ni, on the way balik kampung”, kata ku sambil tersenyum lebar.

“betul ke ni? Alhamdulillah, terbuka juga hati kau nak balik kampung yer”, senyuman ku makin lebar apabila mendengar suara kegembiraan Halim.

“aku nak minta maaf dengan mereka walaupun aku takut sangat nak balik. Yela, takut dengan penerimaan…….”, belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku…. Banngggg!!!

Larian Halim makin laju menuju ke wad kecemasan. Ya Allah, selamatkanlah sahabat ku hakim…



p/s : jadi jangan memandu sambil menggunakan telefon bimbit. bahaya! Selamat pulang ke kampung..
{cerita ni penuh dengan muslihatnya..kalau dibaca mungkin agak confius tapi aku tahu, sesiapa yang bijak pandai  yang membaca cerita ini pasti dapat mengetahui jalan cerita ini yang sebenarnye..=) }

~ kalau nak "like" atau "share" sila klik DISINI