gmbr ni xmenggambarkn apa yg aku ingin ceritakn,cuma sekadar gmbr hiasan..huhu |
sunyi adalah teman ku
sepi pula adalah kekasih ku
inikah kehidupan yg digambarkn di hadapan ku sekarang?
di mana perginya teman ku?
ke mana hilangnya kekasih ku?
.....tiada jawapan.....
aku tidur beralaskan sunyi
sambil berselimutkan sepi
mata tertutup rapat
apa yang ada di dalam kotak fikiran ku kali ini?
.....masih tiada jawapan.....
aku tinggal di rumah berbumbungkan sunyi
dan berdindingkan sepi
meratap kesorangan
tanpa sesiapa pun yang peduli
perlukah aku menangis?
untuk apa,meratap pemergian seseorangkah?
.....Ah! bila aku akan mendapatkan jawapannya.....
kini tiada lagi sunyi dan sepi
kenapa?..kerana..
rupanya aku tidak keseorangan
Rasulullah saw, nabi junjungan ku
dan juga,kekasih yang amat aku cintai
rupanya aku tidak keseorangan
Rasulullah saw, nabi junjungan ku
dan juga,kekasih yang amat aku cintai
iaitu Allah s.w.t
Alhamdulillah,segala pujian hanya untuk-MU
.....itulah jawapan yang aku cari.....
No comments:
Post a Comment