Selamat Petang Semua! Alhamdulillah kerana kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini..
Sebenarnya aku ambil masa yang lama untuk luahkan perkara ni kat blog. Sesuatu yang menambahkan sakit kat hati (ehem..mintak maaf, ayat jiwang skit..huhu!)
Waktu raya hari tu aku tergerak hati nak masuk group khas untuk para pengarang FikrahIslam. Ya, aku memang dah tahu blog tu dah takde sekarang ni tapi orang yang terdekat masih lagi bagi harapan untuk wujudkan balik blog tu dalam masa yang terdekat. Rasanya lama jugak aku tunggu....
Berbalik pada group tadi, aku pelik sebab aku tak jumpa langsung group tu sebab aku nak ucapkan selamat hari raya masa tu. Akhirnya aku pun tanya la pada orang yang agak kuat la dalam group tu. Rupanya dia pun tak tahu yang group tu dah takde. Kesimpulannya kat sini, bukan saja blog tu je yang dah takde tapi group tu pun dah takde. Agak2 korang apa perasaan aku agaknya ye?? Aku tak tahu la ahli lain tahu ke tak pasal hal ni tapi bagi aku, benda tu sangat penting buat aku sebab benda tu la yang bagi semangat kat aku untuk sentiasa m
Lepas kecewa dengan komuniti ILI dulu, FikrahIslam la yang kuatkan semangat aku untuk menulis balik sebab kat situ la tempat aku untuk share semua cerita yang aku buat walaupun aku tak dapat banyak komen dari pembaca FikrahIslam tapi bila tengok jumlah share je dah naikkan semangat aku untuk sentiasa menulis. Pastinya kegembiraan aku tu tak berkekalan sebenarnya dan ianya dinikmati selama setahun lebih je (kalau tak salah aku la kan).
Bila nak ingatkan balik, aku rasa nak tergelak pun ada. Usaha yang dilakukan hanyalah sekerat jalan je. Seriously, aku betul2 tak suka dengan cara tu tapi siapalah aku nak tunding jari salahkan orang lain kan? Kalaulah aku ni ada pengetahuan pasal software2 ni kan, aku nak usahakan benda tu sampai berjaya. Bukan hanya bercakap kosong tanpa perancangan yang betul. Perkara ni betul2 buat aku belajar sesuatu.
Aku tak tahu la kalau aku menulis kat blog ni ada orang baca ke tak? Actually aku pun tak kisah sangat kalau ada orang baca ataupun tak tapi sekurang2nya takde la cerita aku tu jadi pekasam tanpa di kongsi dengan orang lain. Biasalah, aku bukanlah hebat sangat dalam penulisan ni. Buat cerita yang simple2 je dan mengharapkan orang lain mudah faham dengan cerita aku. Mungkin bukan rezeki aku agaknya.
InsyaAllah, aku harap perancangan seorang sahabat untuk menubuhkan kembali lama website macam tu akan tercapai. Kita tak tahu apa yang akan jadi so baik kita merancang dahulu, apa nak jadi tu kita serahkan pada Allah saja. Mengharapkan dia mengizinkan perkara baik seperti itu terjadi.
p/s : sedih sangat dikecewakan dengan orang sama. Tanpa pemberitahuan apa2, dia tutup semua tu tanpa pembincangan dahulu dengan ahli lain. Alang2 komuniti tutup, ada jugak la pengumumannya daripada takde..betul tak? Disebabkan benda2 macam ni buat aku hampir2 nak lupakan pasal menjadi penulis ni..hurm..
No comments:
Post a Comment