Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, September 3, 2012

Merdeka : Rosli Dhoby

Views
          


Selamat Petang Semua!!

Masih lagi beraya sakan ke? Mood raya aku dah lama habis..hehe..disebabkan takde kisah menarik waktu raya hari tu so aku skip jela kan, memandangkan semalam kita menyambut hari kemerdekaan kita yang ke-55. Lambat sehari entry aku. Yela, aku pun dah jarang nak berblog sekarang ni...

Apa2 pun tadi aku baru je tonton kisah Rosli Dhoby. Mesti semua orang tahu kan pasal sejarah tu. Ala masa sekolah dulu pun kita ada belajar. Aku kalau bab2 sejarah ni memang suka tapi takleh skor
jugak..hehe..berbalik pada kisah Rosli Dhoby tadi, lepas je aku tonton cerita Warkah Terakhir lakonan Beto Kusyairi terus jari aku ni laju je google pasal sejarah dia. Sebenarnya dah banyak kali aku tengok cerita ni,Banyak pendapat tentang dia sebenarnya dan mengikut pendapat aku, dia bukanlah pengkhianat ataupun jahat macam pandangan sesetengah pihak. Dengan berteraskan agama islam dan percaya dengan ketentuan Allah s.w.t. dia jalankan tanggungjawab dia demi anak2 cucunya di kemudian hari. Padahal kalau nak difikirkan, umur dia baru 17 tahun masa tu.

Cerita tu agak terkesan jugak kat hati aku macam cerita bukit kepong tapi ada perbezaan pendapat tentang dua kisah itu. Kita abaikanlah buat sementara waktu tentang perbezaan itu. Jadi dipendekkan cerita, kisah tu benar2 buat aku bersemangat. Bukan pada zaman itu saja tapi dari zaman para nabi kita pun sudah ada semangat sedemikian tapi pada zaman yang sedang canggih-manggih ni je yang takde lagi. Semangat untuk kondem antara satu sama lain ada la. Salahkan orang ni, salahkan orang tu. Hm memalukan.....

Apa yang kita pelajari dari kisah Rosli Dhoby ni sebenarnya? Dia melakukan pembunuhan tanpa melibatkan anak bangsanya sendiri. Dia hanya menumpukan target untuk membunuh Ducan George Stewart serta dalam masa yang sama memberi amaran kepada kerajaan British bahawa bumi Sarawak ingin bebas dari penjajah. Strategi untuk menyelamatkan diri apabila masih dibawah umur (tidak boleh di hukum gantung) di cemari dengan tektik kotor kerajaan British sendiri dengan menukar tarikh kelahirannya. Dia melakukan sesuatu dan berani menanggung apa yang telah dilakukannya dengan berani. Kita? Dalam FB berani la..huhu!

Bila kisah polis terbabit dalam kisah ini yang dikatakan berkomplot dengan penjajah, aku pun tak tahu nak komen apa sebenarnya. Mereka memang hanya menjalankan tugas tapi dalam kes berkomplot tu, entah la aku sendiri takde jawapannya. Hanya mereka saja tahu apa yang mereka rasai sewaktu itu, kita hanya boleh berkata-kata sahaja. Betulkan?

Apa yang aku kagum sekali, dia tinggalkan surat buat tatapan semua menunjukkan betapa dia berani menempuh saat kematiannya. Aku tak tahu tindakan dia tu betul ataupun tidak tapi apa yang aku pasti, dia seorang remaja yang penuh dengan iman, berani serta percaya dengan apa yang dia lakukan. Demi untuk generasi yang akan datang.....


p/s : kan elok jadi remaja seperti dia yang hanya diam dan menyusun strategi tanpa melibatkan anak bangsa sendiri, tanpa perlu memburukkan atau mengaibkan orang lain, menjadi seorang yang sentiasa mementingkan agama. Kita mampu ke jadi seperti dia? Kalau Rosli Dhoby pun kita tak mampu nak jadi, macam mana kita nak jadi sehebat kekasih Allah? Renung2kan dan selamat beramal...^_^
Selamat menyambut hari kemerdekaan semua!!


No comments: