Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, September 18, 2012

First Day.....

Views
         



 
Selamat Malam Semua!
 
Alhamdulillah, hari ni firstday aku berkhidmat kat universiti tun hussien onn (UTHM) dan semuanya berjalan dengan lancar. Rumah sewa pun aku dah dapat walaupun aku terpaksa menapak kat 'hall' dulu. Ala aku tak kisah sangat la asalkan ada rumah,  itu pun dah cukup bersyukur dah. 
 Tadi lapor diri takde benda yang menarik sangat sebab aku ni bukan peramah sangat lebih2 aku bru je kenal orang kat sekeliling tapi rasanya lebih selesa kawan dengan member yang lapor diri sama dengan aku tu..hehe..apa2 pun opis aku tu tersangat la luas, boleh sesat aku dibuatnya (memang dah sesat pun). Biasa la, kalau first time masuk kerja mest comfirm ada ayat ni.."banyak sabar sebab mulut orang masing2 laser semacam dan kasar". Aku buat2 dengar tak dengar je sebab aku tahu ayat tu mesti keluar punya la. Waktu aku kerja sebelum ni pun macam tu jugak dan memang aku kena teruk waktu first time tapi kali ni aku tak tahu la berapa teruk aku kena. Walaupun aku dah biasa kena maki hamun ni kan tapi aku kena ready juga dan kena kuatkan diri. Tak kisah a berapa teruk pun aku kena, sabar banyak2 jela..hehe
 
Aku tak tahu keputusan aku ni betul ke tak tapi apa yang aku pasti, aku sedang menuju ke hadapan tanpa berpaling ataupun menyesal. Kalau menyesal pun nak buat macam mana, tak boleh nak patah balik. Peluang bukan datang banyak kali jadi aku nak gunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Tak kisah la berapa teruknya kerja atau maki hamun yang aku kena terima, aku kena teruskan jugak..chaiyok!! 
 
p/s : bila dah kerja kat universiti ni memang kena kuatkan iman, biasa la ramai student dan staf2nya..pandai2 la korang faham sendiri ye..yuhuuu!!

 
 
 

1 comment:

Anonymous said...

InsyAllah keja kat sini ok