Selamat Malam Semua!!
Alhamdulillah kerana kita masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Bermula Ramadhan dengan hari Jumaat,begitu juga berakhirnya Ramadhan kali ini. Diharapkan kita dapat menikmati Ramadhan seterusnya, InsyaAllah...
Aku dah ada kat kampung sekarang ni tetapi suasana dah tak macam dulu. Zaman dulu lagi best nak sambut Syawal. Mungkin sebab sekarang ni lebih menumpukan pada ibadah dari memandang hari raya. Hm terasa sedih jugak la, macam ada benda yang tak cukup...
Apa2 pun sesiapa yang tengah memandu untuk balik kampung tu, berhati2 la ye. Moga kita semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Aku pun tak nak la celoteh banyak2 sangat sebab mesti korang dah excited giler kan nak raya ni..hehe..
*****
"mana ayah?" Dia terdiam tatkala soalan itu diajukan kepadanya. Perlahan-lahan dia menghampiri anak tunggalnya. Diusap lembut kepala anaknya itu. Bukan sekali tapi sudah banyak kali mulut kecil itu bertanya soalan yang sama. Apakah jawapan yang perlu diberikan? Dia menarik nafas panjang.
"ayah......", dia tidak mampu bersuara. Hanya airmata saja yang mampu diluahkan. Anak kecil itu hanya memandang tanpa memahami apa pun. Dia bingung. Jari jemari kecil mengesat airmatanya sambil tersenyum manis.
"emak jangan la menangis, kita kan nak sambut hari raya", suara kecil itu menghibakan lagi perasaannya tatkala itu. Dipeluk kemas anaknya........
"ayah dah takde sayang", meluncur semua perkataan dengan lancar dari mulutnya. Dia merenggangkan sedikit pelukan, ingin melihat reaksi anaknya itu. Dia terkejut sekali lagi apabila si kecil itu hanya tersenyum manis sambil tangan kecil itu mengesat airmatanya lagi.
"emak, janganlah sedih. Takpe, nanti kita jumpa ayah ye", Dia hanya mampu tersenyum.
*****
Ni cerpen tersangatlah pendek untuk tatapan semua di penghujung Ramadhan ni. Mungkin ada sesetengah pembaca tak faham isi cerita ni jadi aku ambil kesempatan untuk jelaskan sikit la. Kadang2 kita suka sembunyikan sesuatu dari anak2 kita sebab kita fikir diorang tak boleh nak terima ataupun mereka tak akan faham dengan apa yang telah terjadi. Sebenarnya bila kita fikir2 balik, kita sebenarnya yang tak boleh nak terima kenyataan dan anak2 kitalah yang paling kuat untuk menerima segalanya. Itu sebenarnya kekuatan kita. Tanpa anak, kita takde kekuatan untuk hidup. Betul tak? Jadi ada sesetengah perkara kita kena terus-terang dan ada perkara kita perlu sembunyikan. Kena ikut situasi juga. Kenapa persoalan ini ditimbulkan? Selepas aku tengok iklan raya astro versi erra fazira. Sedihkan?
Apa2 pun harap korang bergembiralah di hari raya. Jangan sampai lupa diri plak. Yela,duk khusyuk sangat bershopping..hehe
p/s : Mohon ampun jika ada salah silap di dalam penulisan aku selama ini..Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & batin..aku selitkan iklan raya yang sangat menyentuh perasaan aku,sedih sangat..
No comments:
Post a Comment