Alhamdulillah, Syukur....
Views
Selamat Malam Semua!
Hari ni aku lahirkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana penantian aku selama ini dah pun tercapai. Hari ni, 9/7/2012 berakhirnya perkhidmatan aku kat bahagian PMS di MPOB. Rasanya dah banyak kenangan dan ilmu aku dapat kat sana. Sebenarnya terkejut jugak la bila aku dimaklumkan dapat jawatan tu padahal sebelum tu aku ada hantar emel tapi dia kata aku tak berjaya, mungkin dia tak perasan nama aku tu kot..hehe..ntah la, aku pun malas nak fikir. Yela, dah dapat kan buat apa nak pening kepala lagi..
Apa2 pun aku bersyukur sangat sebab dah dapat jawatan tu, walaupun makin jauh aku merantau tapi itu tak melemahkan aku untuk terus berusaha lagi. Ala jauh tak bermakna kita tak boleh hidup kan?hehe..Walaupun aku berat hati nak tinggalkan opis tu tapi aku gagahkan juga la tinggalkan tempat tu. Lagipun aku dah berkhidmat kat situ hampir 3tahun. Hm lama juga aku kera kat situ ye, rasa macam cepat je masa berlalu..hehe..member opis pun ramai tak percaya yang hari ni aku lastday kerja kat situ. Rasanya ramai lagi yang tak tahu tapi takpe la, ada rezeki jumpa la lagi.
Terima kasih banyak2 dengan bebudak opis sebab sudi terima aku kerja kat situ dan banyak curahkan ilmu kat aku. Aku akan guna sebaik mungkin ilmu tu nanti, InsyaAllah. Aku rasa seronok sangat bila ayah asyik sebut 'Alhamdulillah' je, aku tahu dia gembira sangat dengan berita ni dan aku harap, aku akan gembirakan dia lagi. Begitu juga kat ummi, selagi aku bernafas dan mampu lagi untuk buat dia gembira..aku akan berusaha keras agar semuanya menjadi kenyataan.
p/s : kepada member yang tak sempat aku nak jumpa tu sorry la sangat2..InsyaAllah,nanti ada masa kita jumpa lagi ok..^_^
1 comment:
ALhmaduillah..
:)
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/09/konpirasi-oppa-gangnam-style-benarkah.html
Post a Comment