Selamat Malam Semua!
Syukur Alhamdulillah, kita sekali lagi bertemu dengan bulan mulia ini iaitu bulan kita dimana pintu keampunan terbuka dengan luasnya dan syukur sekali lagi kerana kita masih lagi bernafas untuk menjalani ibadah ini. Dah berapa hari ye kita puasa? Aku tak ambil tahu langsung pun, yang aku tahu esok pasti aku akan berpuasa lagi. Kiraan seperti itu tidak berapa penting buat aku. Selamat berpuasa aku ucapkan pada semua rakan blog aku, harap kita dapat menambahkan lagi amal ibadah kita pada bulan mulia ini....
Aku pun dah lama tak buka blog aku ni. Bulan puasa ni agak memenatkan bagi aku jadi kurang sikit la untuk aku meng'online'kan diri. FB pun aku dah tak berapa layan sangat. Aku buat apa yang patut jela. Dalam bulan puasa ni banyak kisah yang aku dengar, tak kisah la dari segi politik ataupun dari segi semasa. pastinya kita sedia maklum tentang pergolakan di Syria dan Alhamdulillah, setengah dari pelajar rakyat malaysia telah pun selamat tiba di KLIA. Dengar kisah diorang yang terpaksa mendengar bunyi tembakan dan jet perjuang benar2 buat aku kecut perut. Rasa takut tu sentiasa ada. Begitu juga pada rakyat Syria, harap apa yang mereka lalui akan berakhir tak lama lagi. Kisah abby abadi yang lantang dalam bersuara, menggabungkan antara politik dan soal rezeki. Erm yang tu aku tak nak komen lebh sangat. Soal politik, itu hak masing2 dan aku takde hak nak mempersoalkannya tapi aku nak dia tahu, bukan kerajaan yang tentukan soal rezeki tapi Allah s.w.t.. Sebut pasal kerajaan pastinya para staf tersenyum lebar walaupun hanya mendapat bonus untuk setengah bulan je. Kira okey la tu dari tak dapat langsung. Hm kerajaan sepatutnya habiskan duit untuk rakyat, bukan untuk perkara lain.
Bulan puasa ni juga aku berhemas pulas menulis. InsyaAllah, dalam masa terdekat siaplah cerita tu. Memandangkan fikrahislam macam dah tak aktif lagi so aku ambil keputusan untuk post cerita aku dalam blog je. Harap ada la yang sudi membacanya. Aku rasa setakat ni je kot. InsyaAllah, ada masa lagi akan aku luahkan apa yang patut..
p/s : selamat menjalani ibadah puasa....maaf zahir dan batin...^_^
2 comments:
kalau belanja aku ok gak. haha
:P
tunggu aku p kedah..
nanti aku belanja..haha
Post a Comment