Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Wednesday, June 27, 2012

gembira+sedih

Views
 

Selamat Malam Semua!

Pasti semua tengah beristirehat bersama keluarga sambil makan dan menonton rancangan yang disukai. 22ju2012 hari tu adalah hari yang amat bermakna buat aku bila kali pertama berkerjasama dengan para junior masa kat sekolah dulu. Kitaorang pun bukanlah rapat sangat dan aku hampir lupa dengan geng2 junior. Bukan sengaja tapi rasanya dah lama sangat aku tinggalkan sekolah tu. Alhamdulillah, ada cikgu yang masih ingat dan ada juga yang tak ingat. Takpe, bukan masalah besar bagi aku sebab murid sekolah tu bukannya sorang dua orang je..hehe..apa2 pun aku happy sangat sebab dapat berkhidmat kat sekolah tu lagi.



Perjalanan forum perdana yang dinantikan telah pun tiba. Pagi khamis tu bersiap2, dari kuala kangsar terus aku memecut ke pendang. Sekolah yang dah lama aku tak jejaki akhirnya sampai jugak ketika berusia 20an (umur dirahsiakan..haha). Sampai je kat sekolah khemah telah pun didirikan oleh pihak sekolah. Hm lepas rindu jumpa para cikgu. Cikgu lan, ust adam, ust rosli, cikgu hamzah, cikgu asri, teacher, cikgu nasmah dan semua la. Haa sampai cleaner sekolah pun masih cam muka aku lagi walaupun dia tak ingat nama aku. Kira ok la tu kan..huhu! Settlekan apa yang patut pastu meeting dengan bos kemudian aku bergerak ke alor star, tempat kerja sahabat baik aku, nadia akalili. Hm aku terpaksa la lepak kat opis dia sebab aku ni kan perantau..huahua! Petang tu beli barang dengan bos, kononnya nak buka gerai tapi last2 gerai tu tak dibuka pun.

Start petang khamis sampailah tengahari jumaat, kitaorang siapkan pentas. Huuuuu...penat+panas. Tapi kitaorang tahu, walaupun penat hasilnya past berbaloi. Habis je bos solat jumaat, aku digemparkan dengan satu tugasan yang amat mengujakan aku. Apa? Aku ditugaskan untuk ambil ust nazrey (bekas kumpulan raihan) di airport bayan lepas. Actually masa tu aku excited sangat dan aku berterima kasih sangat dengan bos, dia macam dapat baca je perasaan aku masa tu. Ust nazrey adalah idola aku sejak kecil lagi. Alunan lagu yang dia suarakan tak pernah aku lupa. Walaupun sekarang ni kelibat dia dah kurang tapi aku tahu, dia masih aktif berdakwah dengan cara dia yang tersendiri. Bersembang dengan dia, dah cukup buat aku puas hati. Dia adalah salah seorang insan yang sangat aku kagumi. Tak pasal2 je aku dapat CD free, hadiah dari dia. Bertuah! ^_^

Pada hari program dijalankan, aku rasa berdebar sangat. Nak tahu, ramai ke yang datang. Akhirnya perasaan tu hilang serta-merta bila pengunjung yang datang amat memberansangkan. Seronok berkenalan dengan kumpulan UNIC (hm semua dah kahwin rupanya). Sporting habis dorang malam tu.Ust nazrey pun sama. Cuma para panel je tak begitu ramah sedikit sebab mungkin dorang letih dengan pelbagai cerita untuk diberikan pada malam tu. Apa2 pun aku akui, hafiz hamidun memang comel..hahahahaha!

Tapi part paling tak best..Hmmm..aku rasa patut dirahsiakan jela. Aku harap masalah ni selesai dengan cepat. Aku tak nak di akhir cerita ada perkara berbangkit pula, lebih2 lagi ianya melibatkan pihak yang amat dikenali ramai. Nanti perkara kecil jadi besar pula.

Ucapan terima kasih pada semua para guru dan pelajar sekolah menengah kebangsaan tobiar kerana telah banyak membantu semasa/sebelum program ini berlangsung. Segala jasa baik anda amatlah kami hargai. Terima kasih kepada bos sebab bagi peluang kat aku untuk join sekali program macam ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita buat lagi tapi lebih sistematik la ye. Terima kasih kepada geng2 junior dan tak lupa juga pada 2orang sahabat baik aku. Walaupun korang tak tahu menahu pun pasal program ni tapi di sebabkan aku, korang datang tolong jugak..hehe

p/s : masa nust nazrey nak balik pun kitaorang juga yang hantar..wahhh best sangat..^_^

1 comment: