Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Tuesday, June 12, 2012

Seorang Teman

Views
  


Pabila seseorang itu bergelar "teman @ sahabat", ianya menjadi sebahagian hidup seseorang yang lain selain keluarga. Teman yang sering memberi semangat tidak kira masa dan waktu. Teman yang sentiasa menemani tatkala duka ataupun gembira. Berkongsi kesusahan dan juga kesenangan serta menasihati, tegur-menegur antara satu sama lain........hurm........

Kecewa. Ya, itu saja yang boleh aku katakan buat masa sekarang ni. Aku di tinggalkan oleh seorang teman yang aku sayangi. Mungkin aku tidaklah sehebat teman yang lain tapi percayalah, keikhlasan ku tiada batasannya. Mungkin aku ni buta walaupun mata ku celik sepenuhnya. Maaf, jika aku punya kekurangan.

Melihat saja gambar di hari bahagia mu membuatkan aku tergamam sebentar. Ya, aku tiada di situ untuk berkongsi kegembiraan yang engkau rasai saat itu. Aku menahan kesedihan yang amat dalam. Kenapa sukar untuk mendapat seorang teman yang boleh aku gelarkan "sahabat baik". Mungkin memang nasib aku sejak kecil lagi yang sukar untuk mendapat teman yang sejujurnya.

Maafkanlah aku sekali lagi kerana tidak menjadi seorang sahabat yang baik jika itu yang engkau fikirkan selama ini. Halalkanlah segala apa saja yang engkau berikan pada ku dan akan aku doakan kebahagian engkau hingga ke akhir hayat mu. Terima kasih kerana pernah bergelar sahabat ku............

*siti, tahniah sebab dah bertunang. aku tahu kau lupa nak jemput aku, aku faham dan aku cuba tak kecik hati dengan kau. apa yang aku nak kau tahu, aku sayang sangat kat kau dan rindu sangat nak hangout macam dulu2 tapi aku tahu, benda tu tak akan berulang lagi. Thanks sebab dah jadi kawan yang terbaik pernah aku dapat. aku doakan kau bahagia dan happy selalu. kau cantik sangat walaupun aku tengok gambar kau dalam FB je. tahniah sekali lagi.................................................

:'(

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

salam azie. sabar k..

dah antar msg ucap tahniah kat dia. ?

apapun. bersabr . :)

Unknown said...

xpn..

aku tak sanggup nak hantar..

aku doakan dari jauh cukup la..

^_^