Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Google+ Followers

Wednesday, June 13, 2012

Kecik Hati

Views
  

Selamat Petang Semua!!

Bulan ni boleh dikatakan hari "kecik hati" aku..hehe..mana dapat pun aku tak tahu. Banyak benda jadi bulan ni dan dalam banyak2 kejadian tu membuatkan aku ni kecik hati la sikit, takde la banyak sangat kan. Entah kenapa bulan ni aku jadi sensitf lain macam la plak..hehe..apa2 pun aku still happy!

Elok ke kecik hati ni? kalau ikutkan keadaan (memandangkan kita ni manusia yang punya perasaan), tak salah kalau kita nak kecik hati ni tapi kenalah berpada-pada. kenapa plak? Yela, kadang2 kita kecik hati ni juga boleh membawa pergaduhan, dendam, hasad dengki dan macam2 lagi perasaan yang negatif. Jadi lebih elok kalau kita elakkan dari kecik hati ni. (eh bukan ke semalam aku kecik hati ke?huhu..)

Rasa tak puas hati tu sentiasa ada. Semalam bila aku dah fikir habis-habisan, aku rasa menyesal plak bila rasa macam tu. Jika seseorang buat kita berkecil hati, tak perlu rasanya kita nak merungut ataupun nak mengungkit. Jika itu yang mereka nak, terpulang la. Aku pun tak rasa nak ambil tahu sangat sebab banyak benda yang aku perlu fikirkan. Jika soal nak maafkan ni, aku takde hak nak tentukan. Biar Allah jela yang tentukan siapa yang salah dan siapa yang benar.

Jadi kalau korang kecik hati, lebih baik korang terus-terang je dengan orang tu agar orang tu lebih memahami anda. Yela, kita kan manusia tak boleh nak puaskan hati semua orang. Lain orang lain caranya, jadi kita tak boleh salahkan dia 100% sebab mungkin salah itu datangnya dari sikap kita juga. Kalau kita fikir kita tak sempurna jadi anggap la orang lain pun macam tu jugak. Adilkan?
Post a Comment