Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Sunday, July 29, 2012

Cerpen : Menjelangnya Raya

Views



Terimalah cerpen yang simple dari saya..^_^




~
Menjelangnya raya akan aku jejaki suatu tempat yang aku tidak ketahui dimana. Yang pastinya setiap situasi dan keadaan di situ masih lagi tersemat difikiran ku dan tidak akan aku padamkan walaupun secebis pun. Setiap sorotan mata yang penuh kesayuan menjadi tatapan ku setiap minggu tapi masih jelas mekar senyuman yang begitu ikhlas mengharapkan pengertian dari orang yang tersayang. Malangnya, senyuman yang sedang mekar mula kendur sedikit demi sedikit. Orang yang diharapkan untuk faham pergi tanpa menoleh ke belakang. Mengalah, itu saja jalan yang perlu dihadapi.

Al-Fatihah buat sahabat

Views
 


Selamat Petang Semua!

Mesti sekarang ni semua tengah sibuk siapkan juadah untuk berbuka nanti kan? Sebenarnya beberapa hari yang lepas aku telah dikhabarkan dengan satu berita buruk melibatkan seorang sahabat. Aku kenal dia masa aku training untuk customer service kat kl, tak salah aku tahun 2010 jadi memang aku dah lama la tak jumpa dia. Selalu sembang dengan dia kat FB jela kan. Kebetulan plak aku lambat masuk untuk batch tu jadi aku terpaksa tukar kelas. Perkenalan antara aku dengan dia memang singkat je. Hanya beberapa hari je tapi cukup terkesan bagi aku.

Beberapa hari sebelum tu aku dapat tahu dia kemalangan dan kali ni memang serius. Sebelum tu pun dia pernah kemalangan juga tapi kali dia koma dalam 4hari macam tula. Aku yang terkejut dengan berita tu jadi makin terkejut bila dengar dia dah meninggal dunia ~ Innalillah wainnailahirajiun ~

Walaupun kejap je aku kenal dia tapi berita ni agak terkesan juga dalam hati aku. Dia seorang kawan yang baik dan tak pernah lokek ilmu langsung. Seronok sembang dengan dia dan kadang2 ada juga la aku baca dia punya update FB. Dia memang rajin dengan FB..hehe.. Apa2 pun aku doakan moga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang bertaqwa. Niat aku hari tu memang nak melawat dia tapi disebabkan kekangan masa jadi tak sempat nak melawat. Dari info kawan2 aku memang dia teruk sangat masa dalam koma. Lain sangat la tapi aku ada terbaca status kawan dia kat FB mengatakan, muka dia merah pastu jerawat takde langsung kat muka dia. Tengok muka dia seolah-olah dia tengah senyum je. Mungkin Allah nak permudahkan hidup dia dan tak nak dia hidup terseksa.

Baru berapa hari je dia tinggalkan kita tapi kita dah start rindukan dia. Ianya pengajaran untuk kita juga bahawa ajal itu akan sampai bila2 masa tak kira masa dan waktu jadi ingatlah wahai teman, perkukuhkan lagi ibadah kita moga perjalanan bertemu yang Maha Esa dipermudahkan..amin..


Al-Fatihah untuk arwah Riduan Hashim..

pic dari group MDeC 32

Thursday, July 26, 2012

Puasa

Views
 

Selamat Malam Semua!

Syukur Alhamdulillah, kita sekali lagi bertemu dengan bulan mulia ini iaitu bulan kita dimana pintu keampunan terbuka dengan luasnya dan syukur sekali lagi kerana kita masih lagi bernafas untuk menjalani ibadah ini. Dah berapa hari ye kita puasa? Aku tak ambil tahu langsung pun, yang aku tahu esok pasti aku akan berpuasa lagi. Kiraan seperti itu tidak berapa penting buat aku. Selamat berpuasa aku ucapkan pada semua rakan blog aku, harap kita dapat menambahkan lagi amal ibadah kita pada bulan mulia ini....

Saturday, July 7, 2012

hari yang makin dilupakan

Views
 


Selamat Malam Semua!

Dari semalam lagi letih dan berusaha keras untuk training main bowling sampai sakit tangan dan jari. Biasa la kan, jari kecik je pastu bola plak berat. Hmm...sabo jela....

Sebenarnya apa yang aku nak cakapkan ni tak tahu la ianya suatu penyakit ataupun apa tapi aku ni macam terlalu mudah sangat untuk lupa. Bukan maksudnya aku dah tua ke apa tapi aku macam tak memperdulikan apa yang dah jadi sebelum ni. Kalau aku ingat pun mungkin kebetulan ataupun hanyalah satu bonus buat aku. Itu keputusan yang aku pernah buat dulu sehinggakan ianya memberi kesan negatif kat aku. Aku dah mula lupa kawan2 dan peristiwa yang pernah jadi kat aku. Hm dengar macam normal je kan? Biasa la tu, kita pasti akan lupa.

Kawan aku cakap baguslah kalau selalu lupa ni sebab kalau kita tengah menghadapi sesuatu tekanan atau apa pun kita senang untuk menanganinya dengan melupakan episod tersebut tapi ingat, ianya mudah diambil kesempatan oleh orang lain. Macam mana tu? Yelakan, orang buat salah kat kita pastu kita lupa pastinya peristiwa tersebut akan terjadi berulang kali. Kita bukan nak nampakkan salah orang lain tapi berwaspada jela jangan sampai orang lain tak jaga hati kita sampai layan kita sambil lewa je. Macam kita ni takde perasaan plak kan..

* aku paling tak suka dengan orang macam tu. dah la buat salah lepas tu boleh plak buat muka toya..aduhai..

Hmm aku pun bukan sempurna mana pun, ada jugak buat salah. Susah nak tegur orang lain lebih2 lagi dengan orang yang bijak pandai ni (bodoh sombong). Apa yang aku tahu, aku buat yang terbaik agar orang kat sekeliling aku tak kecik hati atau terasa dengan aku. InsyaAllah, kalau aku sedar itu salah aku, aku akan cepat2 minta maaf.

*kepada sesiapa yang rasa diri tu terlalu dayus untuk membuat keputusan sampaikan berani mendiamkan diri. Pandai2lah kau nak hidup. Aku? Aku tak kisah, Allah itu sentiasa ada..........

Tuesday, July 3, 2012

Cerpen : Dugaan ku

Views
 



*****

"arghhhhh!" jerit aku sehingga membuatkan Nadia berkejaran menuju ke bilik ku. Di kuaknya pintu bilik dengan aksi cemas.

"kenapa dengan kau? kau okey?" Nadia menghampiri aku. Dibeleknya setiap inci tubuh aku. Okey je minah ni, apa kena menjerit tak tentu pasal tadi. Aku yang sedari tadi melihat reaksinya mula ketawa. Nadia menggaru kepala yang kebetulan gatal. Dia gelak la plak. Nadia makin hairan. Tawa aku yang kuat sebentar tadi direndahkan perlahan-lahan apabila melihat wajah Nadia yang masih "blur". Aku mengeluh perlahan, tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang sedang bersarang di hati aku tatkala itu. Aku duduk dibirai katil sambil menepuk tangan di atas katil, tanda aku mahu Nadia duduk di sebelah ku. Nadia menurut dan masih lagi menunggu. Mungkin memberi ruang kepada aku untuk menjelaskan semuanya.

"aku rasa lemah sangat", akhirnya aku bersuara apabila suasana mulai sedikit tegang. Kedengaran bunyi kipas memeriahkan suasana hening ini.

"apa maksud kau?" pertanyaan diajukan kembali pada ku. Aku memandang Nadia yang masih lagi dalam keadaan bertelekung. Pasti dia baru saja menunaikan solat zuhur. Tangan ku di capainya dan digenggam erat, cuba mengurangkan beban yang ku tanggung.

"cuba kau cerita kat aku apa masalah kau yang sebenarnya, mana nak tahu aku boleh tolong kau", pujuk Nadia. Aku hanya tersenyum kelat. Terasa begitu payah mulutku untuk bersuara.

"dalam bulan ni aku cuba berubah dengan sedaya upaya aku tapi dapat aku rasakan dugaan tu terlalu besar buat aku. Dugaan tu datang bila aku dengan manusia, tak kisah la dengan kawan ataupun dengan keluarga sendiri. Aku rasa susah sangat", jelas ku sambil menghela nafas kecil. Rasa puas bila dapat keluarkan apa yang terbuku di dalam hati.

"maksud kau dari segi apa? Memang aku tahu niat kau untuk berubah dan dari segi pandangan aku takde apa pun masalah. Aku rasa kau dah buat yang terbaik", Nadia seakan memberi semangat tapi ianya tidak cukup meyakinkan aku.

"maksud aku, susah sangat aku nak penuhkan solat lima waktu. Aku hanya boleh penuhkan solat bila aku kat rumah sewa je tapi bila balik rumah mesti aku berat sangat nak solat. Tiba-tiba rasa malu menerpa entah kenapa. Kadang-kadang masa keluar dengan kawan, nak je kaki aku ni pergi masjid atau surau tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain niat aku terpatah macam tu je", Nadia hanya tersenyum melihat keluhan ku.

"Memang bagi insan seperti kau bukan senang untuk berubah melainkan kita sematkan keberanian dan keimanan yang secukupnya. Aku tahu, kau bukanlah seperti aku yang mendapat pendidikan islam dari sekolah yang sepatutnya, kau mesti kata aku bertuahkan? tapi tak semestinya orang seperti aku semuanya sempurna. Pastinya mereka juga ada dugaan masing-masing. Seperti aku juga", aku memandang wajah Nadia minta kepastian. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.

"ingat, syaitan itu sentiasa ada untuk menyesatkan kita. Kau kena kuatkan iman dan sematkan keberanian dalam diri kau supaya kau dapat lakukan semuanya dengan mudah tanpa ada rasa pandangan kurang enak dari sekeliling kau", aku hanya mengangguk tanda faham. Mungkin iman aku tidak kuat jadi aku mudah tersungkur sebelum mencuba.

"tapi bila aku nak dekatkan diri pada Allah, aku terasa macam jauh sangat tapi bila jauhkan diri pula rasa macam dia dekat je dengan aku. Perasaan aku je ke tu?" soalan itu yang selama ini bermain di minda ku.

"Allah itu sentiasa mahu menguji dan menduga kita. DIA jauh bukan bermakna kita juga perlu jauhkan diri tapi kita perlu kejar dia seumpama kita tidak mahu kehilangan cinta. Ianya seperti kisah cinta yang pada mulanya dihulurkan cinta harap diterima dan pabila sudah diterima ianya melarikan diri agar kita mengejar untuk menyempurnakan cinta tersebut. Kau boleh faham?" aku terdiam sejenak lalu menggelengkan kepala.

"Allah memberi jalan tatkala kita sesat entah kemana kemudian DIA hilang tatkala kita menerima sinar hidayah-Nya tapi bukan bermaksud DIA  membiarkan kita terkontang-kanting tapi memberi kita ruang untuk mengenali apa itu islam yang sebenarnya. Di situ bermulanya dugaan dan ujian dan dari situlah juga kita tahu sikap kita yang sebenarnya. Kuatkah kita? beranikah kita? hebatkah kita? semuanya kita akan tahu. Kesilapan itu sentiasa ada dan belajarlah dari kesilapan tersebut agar di suatu saat nanti kita tak akan pernah menyesal",

"kenapa tiap kali kau terangkan kat aku, kau tak sebut pun walaupun satu hadis?" pertanyaan ku membuatkan dia terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan yang sesuai diberikan. Dia genggam erat tangan ku.

"kau sahabat aku dan apa yang aku terangkan adalah dari sahabat kepada sahabatnya. Tak perlulah aku menggunakan hadis untuk yakinkan kau. Kalau kau nak lebih yakin tak perlulah dari aku. Tu ha, kalau kau baca pasti kau dapat semua jawapan yang kau nak", mata ku terus terpacak pada Al-Quran yang tersimpan rapi di dalam almari. Lama. Airmata aku hampir menitis.

"dah, jangan menangis. aku tahu kau boleh lakukan semua ni dengan mudah. kuatkan iman, tabahkan hati dan sematkan keberanian. InsyaAllah, dengan izin Allah semuanya pasti berjalan dengan lancar. Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya", aku tersenyum sambil tangan Nadia pantas menyeka airmata aku dari terus mengalir.

"terima kasih", itu saja yang mampu aku suarakan kerana aku sudah pun berada dalam pelukan Nadia. Pelukan semangat yang tak akan aku padamkan. Dari saat itu aku lakukan tanpa ada perasaan malu walaupun berhadapan dengan kawan ataupun keluarga. Sedikit demi sedikit dapat aku rasakan perubahan sahabat aku yang lain kerana mereka meninggalkan aku kerana sikap dan penampilan ku berubah tapi itu tak akan melemahkan aku. Aku berubah bukan untuk dipandang atau dikomen dengan orang yang berada di sekeliling tapi untuk dipandang oleh Allah S.W.T.


~TAMAT~


p/s : rasa macam dah lama tak menulis dan terimalah cerpen pendek dari aku. mungkin isinya sikit je tapi aku harap para sahabat yang baru nak berubah, ubahlah kerana Allah dan abaikan pandangan orang lain. ^_^