Selamat Pagi Semua dan selamat menyambut HARI PEKERJA! Sempena 1Mei ni, pastinya kita akan berceritakan soal pekerjaan. Tak kisah la korang dah kerja berapa lama sekali pun dan selamat bekerja kepada sesiapa yang baru dapat kerja atau baru memulakan pekerjaan baru.
Di saat pagi2 aku membelek FB, ada post seorang sahabat yang menarik minat aku dan agak menyentuh hati aku..ini
Inilah status sahabat aku itu yang sedang berkhidmt sebagai seorang polis di Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Aku rasa antara Kuala Lumpur dengan Pulau Pinang teramat la jauh tapi hanya kerana 1PERKATAAN, jauh pun ianya dapat menembusi hati seseorang. Sedih jugak aku baca status dia, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Kadang2 orang mengeluarkan kata2 macam tu tak fikir pun sejauh mana risiko terhadap apa yang dikeluarkan. Main cakap sesuka hati je. Biasa la, bila hati tengah marah akal fikiran pun tak boleh berfungsi dengan baik, nafsu datang bermaharajalela.
Dan ini pula status seorang sahabat yang mana kedua ibu bapanya berkhidmat sebagai polis di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman.
"BERSIH 3.0 reminds me of demonstration in 1998. Live in fear on that time. Tak putus berdoa minta ibu dan abah selamat dalam menjalankan tugas (Dataran Merdeka & Istana Negara). Mom and dad diludah, dibaling botol air, dimaki. Ya, mereka polis tapi mereka cuma menjalankan tugas. Polis tetap manusia, tetap Melayu dan Islam."
Lihatlah, ini baru dua orang je. Yang lain kita tak tahu lagi kan. Memang, ada polis yang bertindak diluar kawalan dan ada jugak polis yang membelasah peserta bersih tapi jangan la polis dikatakan "ANJING" oleh sesetengah pihak. Ingat, setiap orang ada pendiriannya masing2. Kalau korang nak libatkan diri dalam politik, silakan..tiada siapa yang akan menghalang tapi jangan campur aduk kan orang yang tidak bersalah dan tidak mahu campur dalam hal politik ni. Jika banyak orang cerdik pandai dan ulama yang menghadirkan diri mereka di perhimpunan itu pastinya mereka lebih tahu hendak membataskan perbuatan mereka, nafsu ataupun akal.
Ada satu perkara lawak yang terjadi masa perhimpunan tu bila aku ada tengok video, seorang wanita (tak pasti melayu ataupun cina) telah mengatakan sesuatu yang kurang enak dalam bahasa inggeris kepada wartawan kalau tak salah aku la kan. Yang lawaknya, lelaki itu (macam orang arab) membalasnya dengan mengunakan bahasa melayu "
3 comments:
salam
kalo pendakyahraya komen mesti terbaik la. haha
mana entri bola 2?
kedah menang mlm nie. :)
wslm..
pendakyahraya? macam penah dengar je nama tu..
entry bola tu bwh entry ni..aku terpost awal la plak..hahaha!
hehe
kedah x kalah tau,hanya seri. :)
Post a Comment