Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Saturday, May 5, 2012

member ku kawen!

Views
  


Selamat Malam Semua dan Selamat menunaikan solat maghrib.

Hari ni ingatkan nak lepak rumah je lepas tu baru teringat hari ni seorang sahabat akan melangkah ke fasa baru iaitu masuk ke alam rumahtangga. Nampak dari riak wajahnya yang gugup sangat dan takut2..hehe..sweet plak aku tengok. Dia ada mengadu, macam2 benda yang dia takut kan. Betul ke kita akan merasakan sebegitu rupa? Bila tengok orang kawen macam seronok je tapi bila sendiri nak kawen jadi takut. Hurm mungkin disebabkan tanggangujawab dah jadi makin besar. Yela, bukan senang nak jadi seorang isteri ni.

Kadang2 aku terfikir, macam mana la mak2 kita kawen dulu kan? Yela, semua perkahwinan dirancang oleh orang tua dan bukan dari pilihan sendiri pastu kawen muda2 plak tu. Macam mana dorang boleh bersedia jadi seorang isteri berbanding wanita zaman sekarang. Owh aku lupa, wanita zaman sekarang dah moden. Dah boleh cari harta sendiri tanpa memerlukan bantuan seorang lelaki. Ada sesetengah wanita yang lebih mementingkan hal ehwal dunia berbanding cari suami ni. Hurm betul ke? Bak kata sahabat aku, sehebat mana wanita tu, dia masih perlukan seorang lelaki di sisinya.Hmmm.......

Ala bosan la bab kawen ni..huhu! Apa2 pun, aku nak buat perubahan yang besar dalam hidup aku ni. Inilah masanya dan aku rasa tak elok la nak tangguh2 lagi kan, tak elok..doakan yang terbaik untuk aku..^_^

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

Amin..

ai.. update entri lupa letak tajuk ka? haha

Unknown said...

hahaha..

aku pun tak perasan yang aku tak buh tajuk..huhu!