Link Exchange

ikot..jangan tak ikot

Monday, May 14, 2012

FikrahIslam hilang!!??

Views
  


Selamat Malam Semua!

Betul ke FikrahIslam dah takde?? Itulah perasaan aku kali pertama bila aku cuba buka laman blog FikrahIslam. Terkejut sebab laman yang dicari takde, rupanya laman tu perlu dibayar. Semua ahli dan penulis tak tahu menahu pun pasal bayar-membayar ni. Rupanya bos besar dan bos kecik yang membayarnya selama ini. Sadis betul la..hehe..Untuk pengetahuan korang, laman tu masih belum boleh dibuka lagi. Mungkin para bos belum membayarnya lagi. Sebenarnya sebulat hati juga nak tolong para bos untuk membayar kos tersebut tapi dihalang keras (takde la keras sangat kan) oleh bos kecik..hehe..

Jadi, apa dah jadi kat aku? Masih perlukah aku menulis lagi? Bertubi-tubi jugak la soalan tu berlegar di fikiran aku tapi tak sampai satu saat, aku dah dapat jawapannya. Menulis ini bukanlah suatu yang main-main untuk aku. Ianya adalah cita-cita sampingan aku untuk terus mencurahkan idea di atas kertas putih. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak berhenti menulis. Selagi terdaya, aku akan terus menulis dan aku harap setiap apa yang aku tuliskan akan memberi pelajaran yang baru untuk sesiapa saja yang membacanya.

Buat masa sekarang ni memang tulisan aku agak kurang sedikit kerana masa di habiskan dengan aktiviti yang lain jadi tiap tulisan aku banyak sangat tergantung. Susah juga nak buat sambungan bila cerita tu dah ditinggalkan begitu lama..hehe..Jadi sesiapa yang menulis, jangan la tulis sekerat jalan yer. Terus habiskan je..InsyaAllah, kalau laman tu dibuka semula aku akan pastikan ada cerita menarik yang menunggu para pembaca semua. Aku pastikan ada kelainan dalam setiap cerita aku dan yang penting korang belajarlah sesuatu yang korang boleh cari maksud tersirat dalam penulisan aku. Harap ianya bermanfaat untuk anda semua..

Jangan sesekali berhenti untuk membaca kerana sememangnya kita disuruh untuk sentiasa membaca..^_^

2 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

hehe

ang pon salah seorang di dalamm Fikrah Islam. hehe

lepak dulu di SaffMuslim.. :D

Unknown said...

eh ang xtau ka?

bukan ka ang dah tau..hehe